Peranti terbaik 2022

- Advertisement -

TAHUN 2022 memperlihatkan pengeluaran pelbagai peranti berkonsep tablet khusus untuk memenuhi keperluan pengguna hari ini yang semakin meningkat.

Peranti jenis itu bukan saja sebagai aksesori tambahan sebaliknya sudah menjadi satu peranti wajib bagi pengguna yang sering bergerak dan mahukan kemudahan dalam melaksanakan tugas harian.

Bagi segmen peranti berkonsep tablet, iPad Air 2022 adalah juaranya kerana spesifikasi serta kefungsian yang paling baik untuk pengguna.

Peranti iPad Air versi 2022 yang menawarkan kefungsian paling optimum untuk pengguna.

Aksesori untuk peranti itu juga boleh menggunakan perkakas daripada variasi iPad Pro sekali gus menjadikan ia peranti keseluruhan terbaik untuk tahun ini.

Dominasi tiga peranti terbaik juga adalah milik Apple apabila rata-rata penilai memilih iPad Air dan iPad 10.2 inci sebagai pilihan.

Pada minggu ini, #ITMetro akan menyenaraikan tiga peranti terbaik untuk 2022 bersama kelebihan setiap peranti berkenaan.

 

Peranti Terbaik Keseluruhan

Apple iPad Air 2022

Tiada pertikaian lagi bahawa tablet terbaik untuk segmen pengguna pertengahan adalah iPad Air versi 2022.

Menerusi tanda harga, iPad Air ini menampilkan rekaan yang sangat baik bersama skrin paparan yang luas.

Saiz skrin 10.9 inci dengan paparan LED-Backlit bersama kefungsian sesentuh serta teknologi IPS memberikan kualiti paparan lebih baik.

Paling mengagumkan apabila cip pemproses untuk iPad Air 2022 ini menggunakan Apple M1 bersama lapan teras CPU dengan empat teras masing-masing teras prestasi dan efisien.

Selain itu, peranti ini juga didatangkan dengan 16 teras Enjin Neural bersama 8GB RAM.

Penulis pernah mencuba peranti ini dengan melakukan suntingan video resolusi 4K menerusi iPad Air 2022, hasilnya adalah sangat baik.

Peranti tidak mengalami sebarang masalah, ‘lagging’,

‘crash’ atau sebagainya dan proses ‘rendering’ juga adalah sangat cepat.

Bagi peranti berkonsep tablet ini, iPad Air 2022 sudah melakukan tugasan dengan begitu baik jika dibandingkan dengan beberapa peranti lain yang ditawarkan  di pasaran.

 

PENGGUNA yang mahu mencari tablet berasaskan android, Xiaomi Pad 5 adalah jawapannya dan sistem pemuka MIUI memberi keselesaan kepada pengguna. - FOTO Google
PENGGUNA yang mahu mencari tablet berasaskan android, Xiaomi Pad 5 adalah jawapannya dan sistem pemuka MIUI memberi keselesaan kepada pengguna. – FOTO Google

 

 

VARIASI iPad 10.2 inci 2021 adalah peranti pilihan kepada pengguna yang mahu mencari perkakas dengan harga yang lebih mampu milik. - FOTO Google
VARIASI iPad 10.2 inci 2021 adalah peranti pilihan kepada pengguna yang mahu mencari perkakas dengan harga yang lebih mampu milik. – FOTO Google

 

 

Peranti Terbaik Android

Xiaomi Pad 5

Sejak pengenalan semula pengeluar perkakas elektronik, Xiaomi dalam segmen tablet, Xiaomi Pad 5 adalah yang terbaik setakat ini untuk peranti yang berasaskan sistem operasi Android.

Menyentuh aspek paparan, Xiaomi Pad 5 ini menggunakan skrin 2.5K dengan kadar segar semula 120Hz bersama kualiti bunyi stereo yang sangat mengagumkan.

Bukan sekadar peranti pintar, Xiaomi terus melaksanakan optimasi penuh untuk pengguna MIUI bagi memberi keselesaan serta kelicinan pemuka.

Bagi pengguna yang mencari peranti berasaskan android, Xiaomi Pad 5 adalah jawapannya.

 

Peranti Mesra Poket

Apple iPad 10.2 inci 2021

Mungkin bagi pengguna yang mahu mendapatkan iPad, namun tidak mempunyai bajet besar untuk membelinya, penulis mencadangkan kepada iPad 10.2 ini sebagai pilihan.

Peranti ini menggunakan cip pemproses Apple A13 Bionic dengan storan bermula daripada 64GB bersama tanda harga yang lebih mampu milik jika dibandingkan dengan variasi lain iPad.

Daripada sudut kepenggunaan, iPad 10.2 inci ini tidak kurang hebatnya apabila mampu melaksanakan sebarang operasi tanpa masalah.

Keupayaan berkenaan memberikan kelebihan yang maksimum kepada pengguna dan daripada aspek prestasi, ia tidak jauh berbeza dengan iPad Air.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat