Larangan penggunaan premis JAIS untuk politik kepartian – Mohd Shahzihan

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

SHAH ALAM – Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Dato’ Hj. Mohd Shahzihan Ahmad mengingatkan penjawat awam di bawah seliaannya , agar mengambil sikap profesional di sepanjang tempoh berkempen pada Pilihanraya Kecil (PRK) N06 Kuala Kubu Bharu.

Beliau dalam kenyataannya berkata, pegawai masjid dan surau, guru serta Penolong Pendaftar Perkahwinan
perlu mematuhi arahan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) agar masjid, surau dan sekolah dibawah kawal seliaannya tidak dibenarkan dijadikan tempat berpolitik atau propaganda politik kepartian.

“JAIS ingin mengingatkan bahawa titah Sultan Selangor dan ketetapan MAIS berhubung perkara ini masih berkuatkuasa dan perlu dipatuhi sepenuhnya, ”katanya.

Katanya lagi, pegawai masjid, pentadbir surau dan ketua guru bertanggungjawab terhadap premis
yang berada di bawah kawalannya dengan melaksanakan amanah ini dengan jujur dan ikhlas tanpa dipengaruhi oleh sebarang sentimen politik kepartian.

“Sekiranya perkara berkaitan dilakukan, JAIS akan merujuk kepada Seksyen 12 (a) dan (b) Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995, Peraturan-Peraturan Masjid dan Surau (Negeri Selangor) 2017,”tambahnya.

“Selain itu mengikut Garis Panduan Perlantikan, Penyambungan dan Penamatan Tauliah Pendaftar dan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian, dan Ruju’ Orang Islam Negeri Selangor dan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam Negeri Selangor (Kelakuan dan Tatatertib) (Pindaan) 2006 bagi diambil tindakan, ”tambahnya lagi. -SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat