Presiden Kelab Media Pahang Meninggal Dunia

- Advertisement -

KUANTAN: Presiden Kelab Media Pahang, Dato’ Nik Naizi Nik Husin telah kembali ke rahmatullah ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) akibat sakit jantung pada malam semalam.

Jenazah disembahyangkan di Masjid Makmur Indera Mahkota 2 dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Setali selepas Subuh awal pagi tadi.

Sementara itu, Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail menerusi catatan Facebooknya berkata, Allahyarham merupakan Presiden Kelab Media Pahang yang sangat aktif dan mereka sering bersua dalam majlis dan program yang beliau hadiri.

“Mendapat perkhabaran duka awal pagi tadi dengan pemergian Dato’ Nik Naizi Husin telah kembali ke rahmatullah.

“Saya doakan roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang beriman. Semoga ahli keluarga tabah dan diberikan kekuatan mengharungi dugaan ini. Al-Fatihah” ujar Wan Rosdy.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat