Anggota TDM bersama TNI – AD tangkas sekat 4 PATI masuk ke Malaysia

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

LUNDU – Gandingan mantap anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Nasional Indonesia – Angkatan Darat (TNI – AD) berhasil menyekat kemasukan 4 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) masuk ke sempadan Malaysia pada Khamis.

Menurut kenyataan Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat (MK PMTTD), memaklumkan TDM di bawah formasi Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Divisyen) sedang melaksanakan operasi di Sektor Operasi Awas/ Keris Parang.

Menurutnya lagi, pada jam 11.45 pagi sepasukan anggota TDM dan TNI – AD sedang melaksanakan tugasan rondaan bersama di Sektor Pos Gamba Biawak iaitu jarak lebih kurang 125 meter dari sempadan Indonesia.

“Mereka telah menahan 4 PATI terdiri daripada 3 lelaki dewasa dan seorang wanita lingkungan umur 26 hingga 50 tahun dalam keadaan mencurigakan sedang berjalan daripada arah sempadan Indonesia dan cuba untuk merentas ke Malaysia.

Hasil daripada pemeriksaan, mendapati tiada barang larangan serta berbahaya dijumpai.

Hanya wang tunai, telefon bimbit, dompet dan beg pakaian yang diperiksa dianggarkan bernilai RM 5,150, ”katanya lagi.

Ujarnya, laporan polis telah dibuat di Balai Polis Lundu bagi menentukan tindakan dibuat mengikut peraturan semasa dan kesemua PATI telah di bawa ke sempadan negara untuk pengusiran.

“TDM akan terus komited menjalankan tugas memperketatkan kawalan di sempadan Malaysia – Indonesia bagi memastikan kedaulatan negara terus terpelihara dari sebarang bentuk pencerobohan PATI, kegiatan penyeludupan mahupun jenayah rentas sempadan, ”tambah kenyataan itu lagi. – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat