Tiada Apa Disembunyikan Berkaitan Pinjaman RM300 Juta SDB Kepada AirAsia – Shafie Apdal

Peruntukan Belanjawan 11 Kementerian Lulus

KUALA LUMPUR: Selepas Belanjawan 2021 lulus di peringkat dasar, peruntukan bagi 11 kementerian diluluskan di peringkat jawatankuasa pada minggu kelima persidangan Dewan Rakyat setelah...

Rajinikanth Ikrar Bawa Kerajaan Bebas Rasuah

CHENNAI: Bintang filem terkemuka India, Rajinikanth mengumumkan secara rasmi untuk menyertai politik dan berikrar untuk membawa kerajaan 'bebas rasuah' ke negeri asalnya. Hero filem aksi...

Singapura Nafikan Laporan Lebih 100 Pekerja Malaysia Merempat

SINGAPURA: Kementerian Tenaga Kerja Singapura (MOM) hari ini menafikan dakwaan yang terdapat lebih daripada 100 rakyat Malaysia yang merupakan pemegang pas kerja di Singapura,...

WHO Puji Janji-Janji Penubuhan Vaksin COVID-19

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melihat keupayaan firma-firma biotek untuk membekalkan vaksin melawan COVID-19 sebagai sesuatu yang “luar biasa” dan mampu mengubah nasib pandemik,...

Pagar Dipanjat Pekerja Top Glove Masih Dalam Kawasan PKPD – Polis

SHAH ALAM: Pagar asrama pekerja yang dipanjat pekerja Top Glove, Meru, seperti dilaporkan pihak media sebelum ini, masih berada dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan...

PETALING JAYA – Bekas ketua menteri Sabah Shafie Apdal berkata tiada apa yang tersembunyi atau disembunyikan berhubung pinjaman RM300 juta Sabah Development Bank (SDB) kepada AirAsia Berhad dan beliau mengalu-alukan siasatan dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Katanya, permohonan itu bukan dibuat dalam tempoh semalaman sebaliknya SDB sudah melakukan siasatan dan pertimbangan terbaik serta menyeluruh sebelum kelulusan diberikan.

“AirAsia Berhad adalah sebuah syarikat yang berdaftar di Bursa Malaysia, justeru sebarang urusan transaksi bernilai RM300 juta sudah tentu kelulusan diberikan selepas semua syarat pinjaman dipatuhi oleh pemohon,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Shafie berkata sebagai syarikat penerbangan yang menjadi pilihan rakyat, AirAsia mempunyai pelan pembangunan yang memberi manfaat kepada Sabah dengan syarikat tersebut menyasarkan mencipta sebanyak 100,000 peluang pekerjaan di negeri ini.

Katanya, syarikat penerbangan itu merancang beberapa projek pembangunan di Kota Kinabalu antaranya stor simpanan hasil pertanian dikenali sebagai “OurFarm”, selaras sasaran mereka menjadi pengedar utama hasil pertanian dan perikanan yang dijual melalui perniagaan digital atau e-commerce.

“AirAsia juga merancang membelanjakan RM110 juta untuk membangunkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) sebagai hab antarabangsa mereka.

“Segala perancangan AirAsia itu sudah tentu memberi manfaat kepada Sabah sebagai negeri yang kaya hasil pertanian dan perikanan,” katanya.

Shafie berkata, malah semasa beliau menjadi ketua menteri, Pelan Tindakan Pembangunan Pertanian 2021-2030 dilancarkan untuk menjadikan negeri itu pengeluar produk pertanian dan memastikan jaminan makanan bagi negara.

Katanya, dengan adanya bekalan produk pertanian, petani sudah tentu mampu menjana lebih banyak pendapatan dengan pasaran lebih luas sehingga ke peringkat antarabangsa dengan menjadikan AirAsia sebagai perantara.

“Untuk memasarkan produk pertanian, sistem pengangkutan amat penting justeru AirAsia bersedia menyediakan penerbangan agar setiap produk itu dapat sampai ke destinasi dengan cepat sebelum rosak,” katanya.

Shafie berkata, dalam sektor pelancongan pula, sudah tentu kegemilangan Sabah sebagai pusat tumpuan pelancong akan kembali sekiranya sasaran AirAsia menjadikan negeri itu sebagai hab antarabangsa menjadi realiti.

Beliau berkata, pihaknya sedar sebelum Covid-19 melanda, ekonomi Sabah meningkat dengan pesat dalam sektor pelancongan dan rakyat menerima limpahan ekonomi yang tidak terbatas di semua peringkat bukan sahaja di Kota Kinabalu tetapi melimpah sehingga ke pantai timur Sabah.

“Sebagai pentadbir negeri, kita tidak boleh bergantung kepada 1 syarikat penerbangan seperti Malaysia Airlines (MAS) semata-mata, sebaliknya peranan syarikat lain terutama AirAsia juga tidak boleh diperkecilkan.

“Sehubungan itu, sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab memajukan ekonomi, kerjasama erat perlu dilakukan dengan AirAsia kerana jika perancangan mereka berjaya, rakyat Sabah sendiri akan menerima manfaat,” katanya. – FMT

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Zahid Ingatkan Ismail Sabri Jangan Desak Isu TPM

BAGAN DATUK, 29 Nov -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri...

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Tewas lagi, adakah Ketua Pembangkang akan letak jawatan?

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM). Keputusan diumumkan oleh Speaker Dewan Rakyat,...

Berita Berkaitan

Peruntukan Belanjawan 11 Kementerian Lulus

KUALA LUMPUR: Selepas Belanjawan 2021 lulus di peringkat dasar, peruntukan bagi 11 kementerian diluluskan di peringkat jawatankuasa pada minggu kelima persidangan Dewan Rakyat setelah...

Pagar Dipanjat Pekerja Top Glove Masih Dalam Kawasan PKPD – Polis

SHAH ALAM: Pagar asrama pekerja yang dipanjat pekerja Top Glove, Meru, seperti dilaporkan pihak media sebelum ini, masih berada dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan...

Bubar DUN Sabah: Ketua Menteri, 32 Individu Fail Notis Penarikan Permohonan Merayu

PUTRAJAYA - Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor dan 32 individu lain menarik balik permohonan untuk mendapatkan kebenaran merayu di Mahkamah Persekutuan bagi mencabar...