Putera Sultan Brunei Kongsi Punca Kemangkatan Abang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR ― Putera Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah, Pengiran Muda Abdul Mateen membuka mulut tentang punca kemangkatan kekandanya Sabtu lalu.

Pengiran Muda Abdul Azim, 38, katanya menghidap penyakit autoimun yang menyebabkan keradangan pada pembuluh darah.

“Pada masa sama baginda juga sedang berdepan gangguan bipolar yang menyebabkannya sukar melawan penyakitnya.

“Abang saya tewas akibat kegagalan organ yang menyebabkan jangkitan berterusan, akibat penyakit autoimun, sehingga menyebabkan kemangkatannya pada pagi 24 Oktober 2020,” catat Putera Abdul Mateen di Instagram.

Katanya Putera Abdul Azim pasti mahu berkongsi penyakit yang dihadapinya, untuk dijadikan sebagai kesedaran kepada masyarakat awam.

Mengenang zaman kanak-kanak, Putera Abdul Mateen, 29, berkata mereka berdua sangat rapat sejak kecil dan kekandanya sering membuatkan hidup mereka sekeluarga ceria dengan tawa dan gurauannya.

“Saya dan keluarga bersedih dan menyayanginya sampai bila-bila, kami tahu Allah lebih menyayanginya, ‘kepada Allah kita datang, kepada Allah juga kita kembali’.

“Terima kasih semua atas ucapan takziah dan doa. Kami baik-baik sahaja. Kami hanya merinduinya,” tambah anak ke-10 Sultan Hassanal Bolkiah itu.

Putera Abdul Azim, putera kedua Sultan Hassanal Bolkiah dan Hajah Mariam, mangkat pada jam 10.08 pagi waktu tempatan dan dimakamkan di Kubah Makam Diraja Brunei.

Dilahirkan di Bandar Seri Begawan pada 29 Julai 1982, baginda mendapat pendidikan di Sekolah Antarabangsa Brunei, Raffles Institution dan Universiti Oxford Brookes, United Kingdom.

Aktif dalam isu kemanusiaan, baginda juga pernah mengikuti latihan ketenteraan selama sembilan bulan di Royal Military Academy Sandhurst. – MalayMail

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat