Zahid Sokong Tindakan Kerajaan Hantar Pulang PATI

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan untuk menghantar pulang pendatang asing tanpa izin (PATI) yang negatif Covid-19 ke negara asal, mendapat sokongan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi.

Melalui akaun media sosialnya Zahid menulis, “Keputusan kerajaan menghantar pulang pendatang tanpa izin yang negatif #Covid19 ke negara asal masing-masing, adalah keputusan yang tepat”.

Tidak seperti anggapan sesetengah pihak berkaitan politik pembangkang, Zahid yang juga bekas Menteri Dalam Negeri dibawah pentadbiran kerajaan BN dulu, tidak nampak sebarang unsur diskriminasi lanjutan dari tindakan ini

Kata beliau, “Tidak timbul isu diskriminasi kerana keutamaan kerajaan menjaga kepentingan rakyat dan negara”.

Undang-undang negara melarang kemasukan rakyat asking ke negara tanpa melalui saluran yang sah, ia bukan perkara baru.

Kenyataan Zahid ini tepat pada waktunya berikutan ada dikalangan pemimpin pembangkang dan penyokong masing-masing yang mempertikaikan tindakan kerajaan tersebut. Ini tidak sepatutnya berlaku kerana ketika pembangkang menjadi kerajaan persekutuan pun, tindakan ke atas PATI diambil dari masa ke semasa.

Malah dalam manifesto mereka sendiri disebutkan secara spesifik untuk mengurangkan dua juta pekerja asing di negara ini dalam tempoh 5 tahun, dah sekarang bila kerajaan PN ambil tindakan, mereka pertikai pulak?

-SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat