‘Mall Boleh Ikut SOP, Kenapa Masjid Tidak?’

- Advertisement -

KUANTAN – Bekas Timbalan Menteri Agama, Fuziah Salleh mempersoalkan kewajaran kerajaan membenarkan pusat membeli belah untuk beroperasi, manakala rumah ibadat seperti masjid dan surau tidak dibenarkan.

Menurutnya, disiplin yang diterapkan dalam solat boleh mendidik jemaah di masjid-masjid agar berdisiplin mengikut peraturan dan tatacara (SOP) ketika pandemik Covid ini.

“Bukankah solat itu sendiri mengajar kita berdisiplin? Maka tentu sekali boleh berdisiplin sekiranya solat di masjid!

“Di pusat membeli belah boleh sahaja ikut SOP. Kenapa tidak di masjid? Come on (ayuh) Perikatan Nasional,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook miliknya sebentar tadi.

 

Walau bagaimanapun,hasil tinjauan SuaraTV mendapati hantaran itu telah pun terpadam pada dinding Facebook milik Ahli Parlimen Kuantan itu.

Solat berjemaah di masjid dan surau tidak dibenarkan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada pertengahan Mac lepas bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Walau bagaimanapun, pada 14 Mei lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata semua masjid, surau Jumaat dan surau terpilih di zon hijau di Wilayah Persekutuan boleh mendirikan solat berjemaah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Namun, pelaksaksanaan itu perlu mengikut peraturan tertentu, antaranya bilangan jemaah bagi solat Jumaat tidak lebih dari 30 orang manakala  lain-lain solat berjemaah adalah tidak kurang daripada tiga orang, tidak termasuk imam.

Pada 29 April lepas Fuziah Salleh didakwa di mahkamah kerana menaikkan status di laman facebook beliau yang didakwa menyebabkan kegentaran awam yang kemudiannya turut dipadamkan.

Status beliau itu adalah berhubung video yang didakwanya berlaku rempuhan di CIQ Johor Bahru yang kemudiannya disahkan polis merupakan sesi latihan kebakaran di CIQ BSI pada Disember tahun lalu. – Buletin TTKM-

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,586FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat