Kit Siang desak CEP keluarkan laporan di Parlimen, tuntut penjelasan Daim

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Veteran DAP, Lim Kit Siang mengulangi seruan supaya Sekretariat Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) mengeluarkan laporan.

Kit Siang menggesa Pengerusi CEP, Tun Daim Zainuddin menerbitkan laporan keseluruhan CEP.

“Saya terkejut dengan pendedahan oleh Jomo Kwame Sundaram, yang merupakan seorang ahli Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) yang dilantik oleh Perdana Menteri Kerajaan Pakatan Harapan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 yang mengatakan bahawa CEP tidak pernah mengeluarkan apa-apa laporan.

“Namun begitu, saya ulangi juga seruan saya supaya laporan Sekretariat CEP dan juga laporan Jawatankuasa Reformasi Institusi (IRC) diterbitkan sebagai kertas putih di Parlimen sebelum sidang ditangguhkan minggu hadapan pada 4 April dan laporan ini patut dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen supaya JPK ini dapat memberikan cadangan-cadangan mereka dalam sidang Parlimen Mei -Jun yang akan bermula pada 22 Mei 2023,” gesa Kit Siang.

Menurut beliau, satu laporan telah dikeluarkan oleh pihak sekretariat di bawah bekas Menteri Kewangan, Daim tetapi tidak ada apa-apa laporan dari keseluruhan CEP sendiri.

“Selama ini, saya ingatkan CEP — yang selain dari Jomo dan Daim, disertai oleh bekas gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz; bekas presiden dan ketua pegawai eksekutif Petronas, Tan Sri Hassan Marican; dan juga taikun korporat,Tan Sri Robert Kuok — ada mengeluarkan laporan.

“Semasa Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri buat kali kedua, saya telah menggesanya untuk menerbitkan laporan CEP secara terbuka.

“Pengerusi CEP, Tun Daim Zainuddin, telah menyeru kepada kerajaan supaya cadangan-cadangan CEP diterbitkan secara terbuka kepada rakyat. Dia mengatakan yang sebagai sebahagian daripada usaha CEP untuk mengkaji keadaan kewangan kerajaan, mereka telah menemu bual lebih dari 300 individu, termasuklah pegawai bank, ahli perniagaan, penjawat awam, ahli pertubuhan sivil, dan pegawai kesatuan pekerja dan melalui temu bual ini, mendapati yang adanya budaya menutup sebelah mata terhadap rasuah,” ujarnya.

Tegas Kit Siang lagi, sudah tiba masanya untuk Daim memberikan penjelasan mengenai laporan ini dan menyatakan sama ada dia bersetuju yang laporan sekretariat CEP dan laporan IRC patut diterbitkan secara terbuka.

“Dalam satu sesi perbincangan yang dianjurkan oleh Oxford and Cambridge Society of Malaysia, Jomo mengatakan yang dia telah menasihati Mahathir kira-kira tujuh bulan yang lepas untuk mengambil peranan sebagai seorang negarawan yang berpengaruh dan bukannya terlibat secara langsung dalam politik.

“Saya juga telah menasihati perdana menteri dua kali ini untuk tidak mengambil bahagian dalam Pilihan Raya Umum ke-15 sebagai seorang calon, supaya dia tidak berhadapan dengan malu dan aib akibat kehilangan deposit pilihan rayanya di Langkawi,” dedah beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat