Pasangan Suami Isteri Bersanding Selepas 9 Bulan Tertangguh

- Advertisement -

KUBANG PASU: Hasrat keluarga pasangan suami isteri, Muaz Borhan, 23, dan Norshahanani Shahinor, 26, dari Taman Suria Jitra di sini melihat mereka bersanding tercapai hari ini selepas tertangguh sejak sembilan bulan lalu.

Majlis kenduri kahwin mereka sepatutnya diadakan pada April lalu tetapi tertangguh kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan wabak pandemik Covid-19.

Menurut Muaz yang bekerja di salah sebuah resort di Langkawi, dia dan isteri diijab kabulkan pada 5 Disember tahun lepas seterusnya dilangsungkan kenduri sebelah pengantin perempuan di Jitra.

“Majlis kenduri sebelah saya pula dijadualkan pada April lepas, namun tertangguh akibat PKP. Memang semua tempahan katering sudah dibuat tetapi kami terpaksa tangguh.

“Kenduri ini pun ikut hati tak mahu langsungkan tetapi ibu saya, Che Zaini Abdul, 52, teringin tengok saya naik pelamin, jadi saya dan isteri akur,” katanya di sini hari ini.

Majlis yang diadakan di sebuah restoran di sini mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Pasangan pengantin itu juga hanya berpakaian biasa berwarna merah tua sedondon dan bersanding di atas pelamin ringkas yang disediakan bagi memenuhi permintaan keluarga.

Sementara itu, bapa kepada pengantin lelaki, Borhan Abdul Hamid, 57, berkata, majlis meraikan perkahwinan anak ketiga daripada empat beradik itu diadakan bagi menghimpunkan ahli keluarga terdekat.

“Anak saya tidak mahu mengadakan majlis ini kerana hampir setahun berlalu tetapi bagi menghormati permintaan saya, isteri dan keluarga maka Muaz menurut sahaja,” katanya. – UTUSAN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat