Akta Hasutan yang nak dihapus dulu jadi alat pendakwaan politik ke atas pimpinan PN – Hamzah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) berdiri teguh bersama Tan Sri Muhyiddin dalam menentang segala kezaliman.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, Akta Hasutan yang mereka mahu hapuskan sebelum ini kini dijadikan alat bagi menjayakan pendakwaan politik ke atas pemimpin PN.

Hamzah turut memaklumkan, pada hari ini mahkamah telah menolak permohonan perintah larangan untuk bercakap (gag order) dan juga menolak permohonan ikat jamin sebanyak RM20,000 oleh pendakwaraya terhadap Muhyiddin.

“Tahniah kepada barisan peguambela yang diketuai Amer Hamzah Arshad, Chetan Jethwani, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Mohd Nasir Abdullah dan Mariana Mat Kudin kerana telah melaksanakan tugas dengan cekap dan baik sekali.

Insya-Allah kebenaran akan menang dan kezaliman PH-BN yang cuba memperalatkan Akta Hasutan 1948 untuk menutup mulut pemimpin PN daripada bercakap benar tidak akan berjaya.

“Apa yang diucapkan Muhyiddin dalam kempen PRK Nenggiri adalah fakta, tetapi kerajaan PH-BN nampaknya tidak senang apabila rakyat Malaysia mengetahui hakikat apa telah berlaku yang sebenarnya,” tegas Ahli Parlimen Larut itu.

“Kami bertekad untuk menegakkan idealisme perjuangan demi masa depan Malaysia yang lebih baik dan adil,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat