Selangor tak malu kes tinggi, KKM perlu reform – Dr Dzulkefly

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mendakwa langkah Kementerian Kesihatan (KKM) yang lambat ‘mengiktiraf’ dan melaksanakan ujian saringan melalui air liur (RTK-Ag) bagi mengesan kes jangkitan Covid-19 akan mengakibatkan jangkaan kes positif akan terus meningkat.

Beliau berkata, ia berpunca daripada sikap kerajaan yang gagal memanfaatkan pendapat pakar-pakar kesihatan dengan bertindak sombong dan tidak peduli.

“Kegagalan ‘Commander -in- chief’ yang gagal mengorkestrasi dan memobilisasikan seluruh pengurusan Covid-19.

“Saya selaku Pengerusi Pasukan Petugas Khas Menangani Covid-19 Selangor (STFC), kami adalah satu think tank yang berperanan membantu kerajaan negeri sebanyak mungkin, kita adalah kumpulan think tank bukan pelaksana bukan eksekutif.

“Jangan diguna angka saja pasti Selangor yang tertinggi, cuba bandingkan nisbah jumlah penduduk Selangor dan Labuan, jelas berbeza. Cuba lakukan ujian saringan di seluruh negara, seluruh negeri jangan memangsakan Selangor.

“Saya dah lama beritahu guna ujian saringan air liur kerana ia lebih tepat tapi sekarang baru nak buat.

“Selangor tak malu kes kita tinggi, kepincangan berterusan. Lambat betul KKM, lambat belajar, terlalu sedikit (ujian dibuat), sebab itu kes harian tidak akan turun malah saya ramalkan angka akan terus mencanak,”katanya pada Sidang Khas Dewan Rakyat Pada Selasa.

Beliau berkata, kegagalan terhadap polisi-polisi yang dilaksanakan telah meletakkan keupayaan menangani pandemik ini tergendala.

“Kami sudah sebutkan lebih setahun lalu, berbuih mulut kami tentang perkara yang boleh dilaksanakan termasuk perkongsian data yang sangat mengendalakan kerja kami.

“Dengan menggunakan Artificial Intelligence (AI) membolehkan kami (STFC) meramalkan tempat-tempat yang berisiko menjadi hotspot dan kita masuk dengan melakukan mass targeted testing yang tentunya,”katanya.

Jelas beliau, berbeza dengan KKM yang membuat ujian ke atas kontak rapat setelah berlakunya sesuatu kluster, mereka melakukan contact tracing lalu menjalankan ujian-ujian.

“Namun ia tetap menyaksikan limpahan kes, manakala kes sporadik yang dikatakan tak terkait mana- mana kluster.

“Kluster belum dapat dikenal pasti, ia makan masa sebulan setengah hasil kajian kes indeks , itulah pentingnya contact tracing,”katanya.

Katanya lagi aplikasi MySejahtera hanya aplikasi imbasan saja, namun tidak dapat mengesan kes indeks.

“Realitinya situasi sebenar yang dihadapi petugas kesihatan kita adalah under staff, overwhelm dan under paid,” bidas beliau.

Justeru beliau menyeru agar reformasi segera terhadap sistem kesihatan dan cara pengurusan pandemik di negara ini dilakukan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat