Speaker setuju pindah tempat duduk Tengku Razaleigh

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun telah mengarahkan setiausaha dewan mengambil tindakan mengalihkan kerusi Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berhampiran blok bebas seperti dimohon.

Dalam satu kenyataan media, Azhar Azizan memaklumkan bahawa beliau telah menerima surat daripada Tengku Razaleigh bertarikh 26 Julai mengenai permohonan untuk menukar tempat duduk sedia ada dalam Dewan Rakyat ke tempat baru berhampiran blok bebas.

“Selaku Yang di-Pertua Dewan Rakyat saya mengambil maklum keputusan Ahli Parlimen Gua Musang tersebut dan telah mengarahkan Setiausaha Dewan Rakyat mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.

Terdahulu Ahli Parlimen Gua Musang itu memohon perpindahan tempat duduk ke blok bebas.

Beliau mengutus surat permohonan kepada Speaker Dewan Rakyat untuk dipindahkan ke blok bebas kerana tidak lagi menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Saya tidak ingin terus berada di kerusi yang telah disediakan untuk saya di Dewan Rakyat bersama anggota Parlimen dalam kumpulan seolah-olah menjadi penyokong kerajaan yang ada.

“Saya mohon mendapat persetujuan dan kerjasama Speaker memindahkan tempat duduk saya ke satu kerusi berhampiran kumpulan (blok) bebas yang tidak menyokong kerajaan sekarang ini,” tulis Tengku Razaleigh dalam suratnya.

Menurutnya sejak awal lagi beliau tidak pernah menyokong atau bersama-sama dengan kerajaan yang ditubuh denganan nama PN ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat