Laksana Darurat Di Sarawak Agar PRN Tidak Diadakan Dalam Masa Terdekat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR : Kerajaan perlu mengenakan Darurat di Sarawak supaya Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12 negeri itu tidak akan diadakan dalam tempoh 60 hari akan datang.

Demikian gesaan Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen susulan keputusan Kerajaan Persekutuan yang bersetuju membatalkan semua Ordinan yang telah dibuat semasa Proklamasi Darurat sebelum ini.

Hal ini kerana, tegas Chieng Jen jumlah penduduk negeri itu yang sudah melengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19 masih rendah.

Malah, mereka yang sudah lengkap menerima dua dos vaksin juga tidak terkecuali daripada terdedah kepada penularan varian Delta yang mudah menjangkiti, kata beliau.

‘’Setakat 25 Julai 2021, hanya 58.9 peratus rakayat Sarawak yang sudah menerima dos pertama vaksin COVID-19 dan 40.5 peratus yang sudah melengkapkan kedua-dua dos.

‘’Ini bermakna, 60 peratus daripada populasi negeri ini masih belum menerima dua dos vaksin dan lebih membimbangkan, mereka yang sudah menerima dua dos suntikan juga berpotensi untuk dijangkiti varian Delta,’’ katanya menerusi satu kenyataan pada Isnin.

Antara sebab lain juga katanya, Sarawak masih mencatatkan jangkitan baharu setiap hari ketika ini, selain masalah ekonomi.

“Sekolah dan perniagaan masih ditutup. Kebanyakan perniagaan kini masih ditutup dan hanya boleh beroperasi dalam kapasiti yang terhad.

“Pekerja juga sedang bergelut dengan perniagaan mereka. Begitu juga majikan yang bergelut sehingga terpaksa memotong gaji pekerja beserta elaun, selain berhadapan dengan kemungkinan untuk dihentikan.

“Banyak yang memohon bantuan seperti bantuan makanan sekarang,” tambah beliau.

Oleh yang demikian, Chieng Jen menggesa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak memberi jaminan keselamatan sekiranya (PRN-12) diadakan selepas tamat tempoh darurat 1 Ogos ini.

– Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat