PM Tambah Peruntukan Usahawan RM130 juta

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bagi memastikan kesinambungan ekosistem perniagaan dan usahawan dapat berkembang maju, kerajaan mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM130 juta.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pembangunan keusahawanan merupakan antara intipati pelaburan terpenting menjadi teras kepada penciptaan daya inovasi dan transformasi ke arah pembangunan negara.

“Skim Pembiayaan Informal dan Mikro (SPIM) di bawah TEKUN yang diperuntukkan sebanyak RM200 juta oleh kerajaan telah habis.

“Justeru, bagi kepentingan para usahawan kecil, kerajaan meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM100 juta.

“Bumiputra Enterprise Enhancement Programme (BEEP) di bawah SME Corp, peruntukan sebanyak RM20 juta pada tahun 2022 ini telah habis.

“Oleh itu, saya umumkan kerajaan meluluskan RM30 juta peruntukan tambahan bagi tujuan ini,” katanya semasa berucap di Majlis Anugerah Kecemerlangan Usahawan 2022 hari ini.

Dalam ucapan perasmian beliau berkata Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) perlu menganjurkan lebih banyak lagi program dan inisiatif yang akan memberi manfaat kepada usahawan tempatan.

Ismail Sabri turut berkata semua pihak perlu bersatu bagi memperkasa semula sektor perniagaan dan merancakkan usaha pemulihan ekonomi negara.

“Pembangunan keusahawanan merupakan antara intipati pelaburan terpenting bagi pembangunan sesebuah negara. Ia menjadi teras kepada penciptaan daya inovasi dan transformasi ke arah negara berpendapatan tinggi.

“Negara akan lebih maju ke hadapan sekiranya memiliki ekosistem keusahawanan yang komprehensif dan meliputi pelbagai peringkat,” katanya.

Jelasnya, kerajaan akan terus menyokong pembangunan dan pertumbuhan sektor perniagaan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) demi memastikan lebih ramai usahawan dapat dilahirkan serta lebih banyak peluang pekerjaan dapat diwujudkan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat