Tak dapat jawatan dijanjikan, Mohamaddin Ketapi keluar Bersatu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Lahad Datu, Datuk Mohamaddin Ketapi hari ini mengumumkan keluar daripada parti Bersatu yang dianggotai sejak November 2021.

Menurut beliau, keputusan meninggalkan Bersatu kerana tidak diberi peranan seperti yang dijanjikan untuk memperkukuh parti tersebut sebelum ini.

“Saya telah dijanjikan peranan untuk memimpin parti (Bersatu) di kawasan saya di Parlimen Lahad Datu dan DUN Segama. Namun, setelah lebih 6 bulan tiada sebarang peranan yang diberikan.

“Sedangkan saya dan penyokong-penyokong saya yang telah memberi kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah tempoh hari. Bahkan Parlimen 188 Lahad Datu telah diketepikan apabila jentera parti di kawasan tersebut menjalankan aktiviti tanpa pengetahuan saya.

“Daripada awal penyokong-penyokong saya berminat untuk menyertai Bersatu melalui cawangan-cawangan mereka, tetapi permohonan mereka telah ditolak dan tidak diterima,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Bekas Menteri Pelancongan dan Budaya itu menyatakan, penyokong-penyokong beliau diberitahu Bahagian Bersatu Lahad Datu tidak menerima cawangan dan mereka hanya menerima individu yang ingin menyertai parti Bersatu mengikut cawangan yang telah disediakan.

“Saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Ketua Bahagian Lahad Datu yang juga Ahli Majlis Tertinggi Bersatu yang berlagak seperti ahli Parlimen dan ADUN Segama,” dakwanya.

Bukan itu saja, Mohammadin juga memberitahu sebelum menyertai Bersatu, beliau telah berjumpa dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noors supaya merombak pegawai di bahagian dan cawangan yang dilantik di DUN Segama.

“Dalam perjanjian tersebut kita telah setuju supaya satu rombakan pemegang jawatan di DUN Segama dirombak dan orang baru dan lama dileletakkan bawah satu bumbung untuk memegang jawatan yang tersedia dalam cawangan dan bahagian.

“Pun begitu tiada sebarang tindakan diambil bahkan tidak dipedulikan. Bahkan, peruntukan DUN yang dijanjikan untuk DUN Segama masih tidak diberikan.

“Oleh yang demikian, tiada gunanya saya dan sebilangan besar rakyat di Parlimen Lahad Datu dan DUN Segama untuk menyokong Bersatu,” tegasnya.

Hal demikian Mohamaddin mengisyhtiharkan ahli Parlimen dan ADUN Bebas.

Untuk rekod sebelum ini beliau pernah menganggotai Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Warisan Sabah dan Bersatu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat