Pemandu Mabuk: Gesaan Tindakan Lebih Keras Itu Baik, Tapi Jangan Sampai Hilang Fokus

- Advertisement -

BEBERAPA kejadian melibatkan pemandu mabuk terlibat kemalangan sehingga menyebabkan kehilangan nyawa kebelakangan ini, mengundang gesaan masyarakat dan parti-parti politik agar tindakan lebih tegas dikenakan ke atas mereka.

Kementerian Pengangkutan dibawah Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong sebagai Menteri, nampaknya telah memulakan langkah pro aktif untuk meminda peruntukan undang-undang sedia ada, bermula dengan edaran kaji selidik berkaitan sejak semalam dan perbincangan mengenainya 1 Jun nanti.

Ini bagus.

Bahkan hantaran beliau di akaun Facebooknya mengenai isu sama semalam – tidak lama selepas kejadian terbaru yang menyebabkan satu kematian di Pahang, mendapat respon positif rakyat.

Tapi dalam masa yang sama, kita berharap masyarakat umum tidak lari dari fokus untuk kerajaan mengenakan tindakan lebih tegas ke atas pemandu mabuk yang terlibat kemalangan sehingga menyebabkan ada kehilangan nyawa, dengan isu lain.

Seperti gesaan mengharamkan arak atau cadangan nak menutup sekolah tahfiz kalau arak nak diharamkan.

Perkara ini walaupun mungkin betul dari segi pandangan masing-masing tapi masalahnya lari fokus. Contohnya, minum arak sehingga mabuk, dengan memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kemalangan dan kematian, adalah dua perkara berbeza.

Apatah lagi nak menutup sekolah tahfiz kalau arak nak diharamkan, apa kena mengenanya dengan pemandu mabuk yang menyebabkan kemalangan sehingga mengorbankan nyawa orang? Mungkin hujahnya betul dalam perbahasan lain tapi bukan dalam perbahasan sekarang – memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kematian.

Sebab itu kita perlu fokus dengan apa yang perlu dibuat kerajaan dalam menghadapi situasi sekarang, di negara kita – untuk mengurangkan kemalangan akibat dari pemandu mabuk ini.

Nak hapus sama sekali mungkin susah, berat macam mana pun hukuman.

Kita tidak mahu nanti kerajaan tersepit antara perbahasan agama mengenai arak atau pandangan lebih liberal mengenai arak, sebaliknya fokus dengan usaha untuk mengurangkan kemalangan di kalangan orang awam akibat pemandu mabuk di negara kita.

Memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kemalangan ini, tidak mengenal siapa mangsa. Sebab itu kerajaan perlu fokus bagi menangani masalah ini dan masyarakat perlu mengelak dari memasukkan perspektif tidak berkaitan dalam isu berkenaan.

– SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat