Covid-19: Singapura umum “fortitude Budget”

- Advertisement -

SINGAPURA – Singapura hari ini mengumumkan belanjawan keempatnya yang dikenali sebagai “Fortitude Budget” bernilai S $ 33 bilion (sekitar RM101 bilion) untuk fasa seterusnya memerangi COVID-19.

Menurut Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan republik itu Heng Swee Keat, pekerjaan adalah fokus utama belanjawan tambahan ini.

Selama empat bulan, Singapura telah membentangkan empat belanjawan, yang pertama adalah belanjawan tahunan biasa, Belanjawan Perpaduan (Unity Budget) bernilai S$ 10.9 bilion, pada 18 Februari lepas.

Ia diikuti oleh Belanjawan Berdaya Tahan (Resilience Budget) bernilai S$48 bilion pada 26 Mac dan Belanjawan Solidariti S$ 5.1 bilion pada 6 April, Belanjawan terbaharu itu melibatkan jumlah keseluruhan kira-kira S$100 bilion.

Heng berkata jumlah keseluruhan yang diperuntukkan adalah hampir 20 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk menyokong rakyat dalam menghadapi krisis tersebut.

Dalam Belanjawan Berdaya Tahan dan Solidariti, Heng berkata Presiden Halimah Yacob memberikan persetujuan untuk menggunakan sehingga $21 bilion daripada Rizab sebelum ini.

Untuk Fortitude Budget Presiden republik itu setelah mengadakan rundingan dengan Majlis Penasihat Presiden telah memberikannya sokongan secara prinsipnya untuk menggunakan dana tambahan sebanyak S$ 31 bilion bagi membiayai langkah-langkah tersebut dalam Belanjawan ini.

“Secara keseluruhan, kami akan menggunakan sebanyak S$52 bilion daripada Rizab sebelum ini pada tahun kewangan ini,” kata Heng.

Menteri itu juga berkata tambahan sebanyak S$13 bilion dalam Dana Kontingensi akan turut digunakan.

“Ini membolehkan kerajaan bertindak balas terhadap sebarang perkembangan yang tidak dapat dijangkakan sekiranya keadaan perubatan atau ekonomi semakin memburuk. Kami akan melakukan yang terbaik untuk mengelakkan perkara ini, namun kita harus bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan,” katanya.

BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat