Tukar Mercun Dengan Ketum Taktik Penyeludup

- Advertisement -

KANGAR: Sepanjang Ramadan sehingga menjelang sambutan Aidilfitri, penyeludup dilihat mula menumpukan kepada aktiviti menyeludup mercun dan bunga api yang harganya cukup tinggi di negara ini sehingga mencecah tiga kali ganda.

Trend terbaharu penyeludup menggunakan sistem barter atau pertukaran barang antara mercun dari Thailand dengan ketum dari negara ini.

Urus niaga itu dilihat ‘berbaloi’ apabila ketum yang mendapat permintaan tinggi di Thailand mencecah sehingga RM180 sekilogram manakala harga mercun dan bunga api dalam pasaran tempatan mencecah tiga kali ganda daripada harga asal.

Harga barangan tersebut bagi pasaran tempatan seperti bunga api merdeka bagi 168 tembakan mencecah RM600; 138 tembakan sehingga RM500; 228 tembakan, RM300: 168 tembakan, RM200; 138 tembakan, RM180; 88 tembakan, RM120; 49 tembakan, RM58 dan 25 serta 16 tembakan masing-masing berharga RM38 dan RM28.

Mercun lain seperti rocket KLCC berharga RM40; rocket super KLCC, RM50; missile rocket, RM120; 8 ball 0.8 resonance, RM60 dan 8 ball 1.2 resonance mencecah sehingga RM90.

Penyeludup dari negara jiran membawa masuk barangan terlarang itu melalui lorong tikus di sempadan Padang Besar.

Mereka membawa barang pertukaran ke lorong tikus tersebut sebelum membuat pertukaran semasa berada di sempadan.

Kira-kira 60 lorong tikus dikesan di sempadan negeri ini.

Mendedahkan kepada Utusan Malaysia, Komander Agensi Ke­selamatan Sempadan Malaysia (Aksem) negeri, Deputi Superintenden Azizan Saman berkata, pihaknya percaya sistem barter digunakan bagi melakukan aktiviti penyeludupan itu.

Katanya, ia dilakukan pihak yang sama dalam aktiviti penyeludupan ketum dan laluan yang digunakan juga adalah lorong tikus sedia ada di sempadan.

“Pada bulan puasa ini, kami kesan aktiviti ini aktif sekitar waktu berbuka puasa dan sahur.

“Bagi tahun ini, kami sudah membuat satu rampasan berkaitan mercun dan bunga api dengan nilai termasuk cukai kira-kira RM12,299 yang berselin­dung di sebalik kedai vape di Guar Sanji pada 20 April lalu,” katanya.

Agensi Penguat­kuasaan Mari­tim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Perlis mempertingkatkan kawalan di perairan jika penyeludup mercun dan bunga api cuba beralih menggunakan jalan laut.

Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd. Shafie Paing berkata, lazimnya aktiviti penyeludupan mercun dipatahkan pasukan keselamatan di darat.

“Kemungkinan berlaku (seludup mercun) di laluan laut ada, dengan tumpuan di perairan antarabangsa. Kemasukan ke negara ini melalui jalan laut masih terkawal,” katanya.

-Utusan Malaysia

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat