Kluster Spin Bersatu samakan KWAN dengan KWSP demi kepentingan sendiri- Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa wujud pihak tertentu dalam Bersatu cuba menyalahkan UMNO dalam isu pengeluaran dana Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) oleh kerajaan yang mendapat bantahan pelbagai pihak.

Tanpa ragu-ragu Zahid mendakwa pihak berkenaan adalah daripada Bersatu yang cuba memutarbelit fakta untuk kepentingan parti berkenaan.

Katanya antara fakta cuba diputarbelit adalah menyamakan pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) oleh rakyat dengan pengeluaran dana KWAN oleh kerajaan.

“Ada nama besar Bersatu yang belum habis dengan ‘kelentongan’ walaupun sudah menjadi kerajaan.

“Kluster Spin ini akan memutarbelit segala fakta untuk kepentingan Bersatu sejak Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

“Mungkin sebab itu Kluster Spin ini dapat jawatan penerangan dalam parti serpihan UMNO,” catat Ahli Parlimen Bagan Datuk itu dalam satu hantaran di Facebook malam tadi.

Menurutnya, adalah tidak wajar menyamakan wang KWSP dengan KWAN kerana wang KWSP milik rakyat yang dikeluarkan rakyat untuk digunakan pada waktu sukar.

“Itupun bukan mudah dapat kelulusan kerajaan. Rakyat nak beli PS5 lah, Puteri Gunung Ledang lah.

“Dana KWAN pula tabung amanah negara sebagai sumber berterusan negara dan generasi akan datang. Objektifnya ia digunakan apabila sumber semulajadi negara contohnya minyak menyusut,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengeluarkannya sebelum tiba masa dengan alasan Covid-19 walaupun selepas begitu banyak wang negara diperuntukan untuk tujuan sama.

“Justeru soalan kepada Kluster Spin siapakah sebenarnya yang merapu sehingga terbabas-babas disamakan dana KWSP dengan KWAN?

“Kluster Spin Bersatu semakin merapu apabila cuba menunding jari kepada menteri dari UMNO dalam PN disebalik penggunaan dana KWAN.

“Kluster Spin kata UMNO gagal berbincang di peringkat dalaman dengan menteri dari UMNO yang menjaga hal kesihatan dan vaksin sebab terlalu ghairah nak tunjuk pandai,” katanya.

Hal demikian Zahid berkata, tindakan itu membuktikan pihak berkenaan cuba memutarbelit fakta kerana UMNO tiada mandat menentukan hala tuju pentadbiran kerajaan.

“Adakah Perdana Menteri atau Menteri Kewangan dari UMNO?,” soal beliau.

Sebelum ini, Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata kumpulan yang merungut mengenai penggunaan Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) untuk pembelian vaksin diselar kerana tidak konsisten dalam melontarkan pandangan.

Katanya kumpulan itu begitu lantang mengemukakan kewajaran kepentingan pengeluaran KWAN, sedangkan mereka sebelum ini yang memperjuangkan pengeluaran wang bagi membantu rakyat melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Katanya, topik pengeluaran dana KWAN adalah topik yang wajar dibincang secara rasional.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat