Siasat Isu Kompaun RM50,000, Ada Yang Kata Berita Itu Sengaja Direka – Annuar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tindakan mengenakan kompuan sebanyak RM50,000 kepada dua peniaga sejak semalam perlu disiasat segera.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, ini kerana jumlah maksimum kompaun terhadap mereka yang ingkar prosedur operasi standard (SOP) adalah RM10,000.

“Pegawai yang mengenakan kompaun tidak boleh melakukan di luar apa yang telah ditetapkan. Kompaun kalau ditulis maksimum RM10,000 maka pesalah berhak untuk membuat rayuan dan terus mendapat diskaun 50 peratus.

“Yang RM50,000 itu kena siasat dan ada yang menyatakan berita itu sengaja direka oleh mereka yang tertentu,” katanya dalam sidang media selepas menyampaikan sumbangan pakaian dan duit raya kepada Orang Berlainan Keupayaan (OKU) dan anak yatim sempena majlis Fitrah Kasih di Jakel Mall, di sini, hari ini.

Hadir sama Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel dan Ketua Pegawai Operasi Jakel Trading Sdn Bhd, Datuk Mohamed Nizam Mohamed Jakel.

Seramai 500 penerima terdiri daripada golongan asnaf, ibu tunggal dan cacat penglihatan menerima sumbangan.

Annuar menyatakan demikian ketika diminta mengulas mengenai denda sebanyak RM50,000 yang dikenakan ke atas seorang penjual burger di Kota Bharu.

Terbaharu peniaga colek di Kampung Chekok Tengah turut dikenakan kompaun membabitkan jumlah yang sama.

Mengulas lanjut, Annuar berkata, kompaun terhadap mereka yang ingkar SOP perlu mengikut panduan kompaun yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

“Itu sedang diambil tindakan oleh menteri bertanggungjawab sebab tidak timbul sejumlah itu, kompaun biasanya RM10,000. Kita pun tidak faham kompuan sehingga RM50,000.

“Kalau dulu hanya ada akta yang memboleh menyatakan jumlah kompaun setelah berlaku beberapa peristiwa jadi kerajaan telah mengeluarkan garis panduan kepada kompaun,” katanya lagi.

Sebelum ini, media melaporkan peniaga burger, Wan Mohd Faisal Wan Kadir, 38, dikenakan kompaun RM50,000 oleh polis bagi kesalahan berniaga melebihi waktu yang ditetapkan.

Polis yang mengeluarkan kompaun RM50,000 memberi alasan Wan Mohd Faisal melakukan kesalahan berniaga melebihi had masa dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Perkara sama menimpa Mohd Azizi Mohd Nor, 42, yang berniaga colek pada sebelah malam sepanjang Ramadan di hadapan rumahnya mengakui terkejut apabila didatangi beberapa anggota polis jam 11.20 malam kelmarin. – MalaysiaGazette

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat