Poster Boy: Jadi Pemimpin Jangan ‘Koyak’ Dikritik – Puad

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menjadi pemimpin harus berani dan tidak marah apabila dikritik.

Malah kata Datuk Dr Puad Zarkashi beliau hanya memberi pandangan bukannya tembak sesama sendiri.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu berkata demikian apabila dibidas kerana menyuarakan gesaan supaya ‘poster boy’ untuk kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) digantiknan dengan logo Barisan Nasional (BN).

Pada 24 Ogos lalu, Speaker DUN Johor itu menyatakan Umno
tidak lagi memerlukan ‘poster boy’ untuk mendepani PRU-15 kerana didakwa tidak lagi relevan.

Puad menegaskan, label dan status ‘poster boy’ berisiko menjadi bola tanggung, ‘punching bag’ atau senjata makan tuan.

Ekoran itu, kenyataan beliau dikritik oleh pimpinan Umno akar umbi kerana didakwa cuba merosakkan perpaduan Umno dan juga menyusahkan.

Hal ini memandangkan pemilihan ‘poster boy’ sudah disepakati peringkat pucuk pimpinan dan ahli parti sudah maklum tentang perkara itu.

Justeru Puad hari ini tampil mempertahankan desakannya itu dengan mengatakan beliau cuma mengkritik, menegur dan memberi pandangan bukannya bertujuan tembak sesama sendiri.

“Mereka suruh cakap berlapik. Musuh tidak berlapik pun. Jangan tembak sesama sendiri. Mengkritik, menegur dan memberi pandangan bukan tembak sesama sendiri.

“Nak jadi pemimpin kena berani. Bila tidak berani, maka jangan marah bila dikritik. Itu lumrah untuk pemimpin.

“Kita buat muka tebal dalam bab kepentingan diri tetapi jangan pula tidak boleh muka tebal bila dikritik. Itu bukan pemimpin namanya,” bidas Puad.

Bahkan tegasnya lagi, tidak salah muka tebal dalam bab parti menguasai kerajaan.

“Bukan untuk salah guna kuasa. Parti lawan lagi kemaruk kuasa bila dapat kuasa,” katanya.

Sebelum ini, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dipilih sebagai calon Perdana Menteri bagi PRU-15 yakni ‘poster boy’ untuk UMNO dan BN yang diputuskan oleh MKT UMNO pada April lalu.

Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Katanya, keputusan MKT UMNO menamakan Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri memberi kestabilan dalam parti itu bagi menghadapi PRU-15.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat