Tutup Ruang Penularan LGBT di Netflix, gesa PAS

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Dewan Ulamak PAS Pusat menyarankan kerajaan termasuk seluruh rakyat Malaysia bersatu hati mempertahankan benteng sosial negara daripada pengaruh lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Senator Datuk Ahmad Yahya berkata, mutakhir ini menyaksikan gelombang penyebaran budaya songsang ini semakin kuat dengan pelbagai medium dan pendekatan telah dieksploitasi pendukung kelompok ini di peringkat global.

Tegas beliau, kerajaan perlu melihat isu ini secara menyeluruh termasuk menutup ruang-ruang halus penularan budaya LGBT khususnya melalui perkhidmatan penstriman langsung Netflix.

“Dewan Ulamak PAS Pusat juga menyeru kepada semua pihak supaya memandang serius mengenai ancaman yang sedang diperjuang pendukung LGBT ke dalam negara.

“Gerakan ideologi ini bergerak secara ‘en bloc’ dan meresap melalui pelbagai saluran termasuklah rancangan kanak-kanak.

“Berdasarkan strategi dan modus operandi, mereka lebih mensasarkan proses re-generasi baharu yang menerima LGBT sebagai sebahagian daripada amalan hidup. Oleh itu, tanpa ketegasan pada hari ini, Dewan Ulamak PAS Pusat bimbang generasi akan datang dirosakkan dengan budaya tersebut,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Tambahnya, langkah negara di rantau ini yang diuar-uarkan akan menghalalkan perkahwinan sejenis memberikan petunjuk jelas terhadap gelombang budaya songsang tersebut semakin menghampiri kita.

“Jika satu undang-undang hubungan intim sesama jenis dinyahjenayahkan, maka secara tidak langsung membuka lebih banyak ruang kepada kelompok tersebut untuk terus menapak,” kata Ahmad.

Menurut beliau lagi, Dewan Ulamak PAS Pusat ingin mengingatkan semua pihak bahawa Malaysia tidak terkecuali daripada tempiasnya.

“Menjadi kewajipan yang besar supaya sebarang langkah menghalalkan budaya LGBT di negara ini mesti ditolak tanpa syarat dan juga tanpa sebarang kompromi. Malah, aktiviti songsang yang sedang merebak dalam negara juga wajar dibanteras dengan tegas.

“Dewan Ulamak PAS Pusat menegaskan bahawa amalan LGBT merupakan satu kesalahan sebagaimana termaktub dalam Seksyen 377 Kanun Keseksaan [Akta 574] berkaitan jenayah seksual luar tabii. Malah, ia juga merupakan perbuatan kesalahan jenayah di bawah Enakmen Jenayah Syariah negeri-negeri selaras dengan ketetapan syariat Islam,” ujarnya.

Hal demikian katanya, Dewan Ulamak PAS Pusat turut menggesa kerajaan supaya menambah baik dasar sosial di bawah Pelan Tindakan Sosial Islam 2019-2025 bagi terus mengekang budaya ini daripada menular dan merosakkan keutuhan masyarakat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat