Abd Latiff Sekali Lagi Nafi Zainab Mohd Salleh Adalah Isterinya

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad sekali lagi menafikan sebarang kaitan dengan individu bernama Zainab Mohd Salleh.

Abd Latiff yang pernah menjadi timbalan menteri pertahanan sebelum ini pernah menafikan wanita yang dikaitkan dengan projek kapal tempur pesisir (LCS) itu bukan isterinya.

Malah, beliau juga menafikan ahli keluarganya yang terlibat dengan perniagaan pembekalan atau pembinaan kapal LCS.

“Isteri atau Isteri-isteri saya tiada yang bernama Zainab binti Salleh.

“Tiada ahli keluarga saya yang terlibat dalam bisnes melibatkan pembekalan atau pembinaan kapal LCS.

“Sebagai wakil rakyat dari kawasan laut dan pulau (Mersing)… saya suka makan ikan… tapi bukan ikan jerung,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Sebelum ini, Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli beberapa kali mendakwa Zainab Mohd Salleh sebagai isteri kedua Abd Latiff dan turut menegaskan mempunyai bukti syarikat mereka mempunyai projek LCS.

Selain itu, dalam hantaran sama Ahli Parlimen Mersing itu juga berpantun:

Siakap senohong gelama ikan duri,
Cakap bohong lama-lama jadi pencuri,
Siakap senohong gelama ikan jerung,
Cakap pembohong tak lama mati jadi jerangkung.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat