Puad Sifatkan Azmin Sebagai ‘Kaki Pusing’

- Advertisement -

Cyberjaya – Dato Seri Mohamed Azmin Ali dicabar untuk mendedahkan senarai 101 buah projek yang diluluskan secara rundingan terus oleh Kementerian Kewangan zaman pentadbiran Pakatan Harapan (PH) dan bukannya menokok tambah.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Puad Zarkashi berkata, sekiranya benar Azmin telah insaf beliau sepatutnya mendedahkan lagi penyelewengan dan pembohongan Kerajaan PH.

“Dalam kes 101 tender rundingan terus, Azmin tumpang semangkuk hentam kerajaan PH. Soalnya, sebagai Menteri Ekonomi apakah dia maklum, janji hapus direct nego telah dinodai?

“Masa itu Azmin Menteri paling berpengaruh. Apakah Mahathir punca kegagalan atau kerana Guan Eng. Tidakkah sebagai Menteri Ekonomi, dia terbabit sama?” soal Puad.

Puad turut membidas kenyataan ahli parlimen Gombak itu sambil menyifatkannya sebagai ‘kaki pusing’.

“Jangan hanya berani tokok tambah bila ada Menteri PN lain buat pendedahan.

“Di PRK Slim contohnya, Azmin dakwa lebih ramai orang akan mati kerana PH bukan kerana COVID-19. Baginya kerajaan PH gagal membela rakyat. Azmin pusing habis.

“Kalau nak pusing, biar pusing habis. Tapi rakyat tidak akan terpusing. Pada mereka, wajah Azmin semakin terang benderang. saja nak tanya. Wajah Azmin semakin terang atau semakin kabur,“ katanya melalui satu kemaskini di laman media sosial sebentar tadi.

Azmin pada Selasa mendakwa bekas menteri keeangan, Lim Guan Eng tidak pernah membentangkan senarai projek rundingan terus bernilai RM6.61 bilion kepada Kabinet.

Ia selepas Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mendedahkan bahawa PH selama 22 bulan telah meluluskan 101 projek atau perolehan kerajaan bernilai 6.61 bilion secara rundingan terus pada sesi penggulungan Rang Undang-Undang Langkah-Langkah Sementara Bagi Pembiayaaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (Covid-19)).

Jelas Tengku Zafrul, bagaimanapun perolehan rundingan terus boleh dilaksanakan bagi keadaan tertentu dan menepati beberapa kriteria.

Antaranya, merangkumi perolehan bekalan perkhidmatan membabitkan keperluan mendesak yang berupaya memudaratkan atau menjejaskan kepentingan negara jika tidak dilaksanakan dengan segera. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat