Mahkamah Rayuan tetapkan 7 Sept dengar permohonan 33 ADUN Sabah

- Advertisement -

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini menetapkan 7 Sept ini untuk mendengar permohonan 33 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah bagi menggantung keputusan Mahkamah Tinggi yang berkaitan dengan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) oleh Yang Dipertua Negeri Sabah pada 30 Julai lepas.

Panel tiga hakim yang dipengerusikan oleh Datuk Yaacob Md Sam menetapkan hari yang sama untuk mendengar rayuan 33 ADUN yang diketuai oleh bekas ketua menteri Tan Sri Musa Aman, terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 21 Ogos itu.

Panel yang turut disertai Hakim Datuk P. Ravinthran dan Datuk Wira Ahmad Nasfy Yasin menetapkan tarikh berkenaan selepas peguam Musa, Tengku Fuad Tengku Ahmad memberitahu bahawa Jabatan Peguam Negeri Sabah dan Jabatan Peguam Negara (AGC) hanya menerima notis bagi usul penggantungan keputusan Mahkamah Tinggi itu pada hari Jumaat lepas, dan mereka memerlukan masa bagi membalasnya.

“Kami menetapkan 7 Sept untuk mendengar permohonan bagi penangguhan, dan juga hari yang sama untuk mendengar rayuan bagi membenarkan pihak yang terlibat mengemas kini afidavit,” kata Hakim Yaacob.

Jumaat lepas Pesuruhjaya Kehakiman Leonard David Shim menolak permohonan 33 ADUN untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Yang Dipertua Negeri membubarkan DUN pada 30 Julai.

Shim menetapkan bahawa responden kedua dalam kes itu – Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal – telah bertindak menurut Perlembagaan Sabah dalam memohon responden pertama – Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin – membubarkan DUN.

Menurutnya pengisytiharan pembubaran DUN itu juga adalah mengikut perlembagaan dan sah.

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat