PRN Sabah: Jangan Dahului Kerja Tuhan Kata Shafie

- Advertisement -

Bongawan – Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hanya akan mengumumkan senarai kerusi dan nama calon-calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah apabila ‘sampai waktunya’.

Menurut Mohd Shafie, setakat ini, tumpuan diberikan kepada kerjasama antara semua pihak termasuklah komponen parti itu dalam memenangi PRN itu nanti.

“Sampai waktu InsyaAllah, kita akan umumkan. Yang penting kita pastikan bila sampai pilihan raya saya memperingatkan ahli-ahli parti, lihat calon kalau itu datang dari parti kita, sokong, mana calon bukan datang dari parti kita tetapi gabungan kita, undi dia.

“Kerjasama kita direalisasikan dengan jumlah undi, kuasa yang ada dengan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis pelancaran jentera Bahagian P176 Kimanis, di Dewan Masyarakat Bongawan, di sini pada Rabu.

Mengulas lanjut mengenai momentum Warisan, Mohd Shafie berkata, pihaknya kini memberi fokus terhadap usaha dan kerja keras bagi membuahkan hasil dalam kalangan jentera parti.

“Kita kena kerja, tiada usaha itu akan berjaya jika kita tidak bekerja, dan kerja pun disusun dengan rapi, ada perancangan dia.
“Kena ada program. Jangan hanya kita kerja tidak teratur tidak ada fokus. InsyaAllah kita kerja keraslah, jangan mendahului kerja tuhan,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) sebelum ini menetapkan 26 September ini sebagai tarikh PRN Sabah.

Hari penamaan calon pula ditetapkan pada 12 September, manakala hari mengundi awal pada 22 September.

Setakat ini, belum ada mana-mana parti tampil untuk memuktamadkan senarai kerusi atau jumlah calon yang bakal bertanding.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat