Bagi pinjaman kepada petani untuk agresif hasilkan sumber makanan, MPN syor kepada BNM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Majlis Pemulihan Negara (MPN) mengesyorkan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mewujudkan pinjaman kepada pengusaha dan petani untuk meneroka lebih agresif pengeluaran sumber makanan bagi membantu kerajaan dalam sekuriti makanan.

Pengerusi MPN, Tan Sri Muhyiddin Yassin mencadangkan supaya BNM dan institusi kewangan di bawahnya menyediakan sebahagian daripada pinjaman mereka untuk menggalakkan sektor pertanian mengeluarkan bahan-bahan makanan yang diperlukan oleh negara.

“MPN mencadangkan menerusi BNM mempertimbangkan satu tabung makanan atau ‘fund for food’ diperingkat institusi kewangan, bank-bank komersil perdagangan Malaysia menyediakan sebahagian daripada pinjaman mereka untuk menggalakkan pengusaha, penanam dan petani meneroka secara lebih agresif untuk mengeluarkan bahan-bahan makanan yang diperlukan oleh negara.

“Dengan cara itu mungkin dapat mengurangkan beban tekanan inflasi yang dihadapi oleh penduduk kita terutamanya dalam kategori B40,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat MPN di Sasana Kijang di sini pada Selasa.

Pada Julai lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan bersetuju peruntukan RM100 juta Tabung Agromakanan yang dikawal selia Bank Negara disalurkan kepada koperasi dalam usaha meningkatkan tahap sekuriti makanan negara.

Perdana Menteri berkata, ini kerana sektor koperasi memainkan peranan penting dalam melonjakkan jaminan keselamatan makanan, khususnya bekalan ayam.

“Sejumlah RM100 juta peruntukan di bawah Tabung Agromakanan akan diletakkan di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (KPM) bagi membantu mengembangkan industri agromakanan, khususnya penternakan ayam.

“Kerajaan berharap langkah ini akan membantu koperasi meningkatkan pengeluaran makanan dan mengurangkan masalah kenaikan harga barang,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat