Pekerja asing masih tak dapat penuhi permintaan industri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Majlis Pemulihan Negara (MPN) telah berkali-kali membangkitkan isu pekerja asing yang masih tidak dapat memenuhi permintaan industri-industri yang memerlukannya.

Kata Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ini berisiko untuk merencatkan proses pemulihan negara dan perlu diselesaikan oleh kerajaan secepat mungkin.

“Indikator ekonomi yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada bulan Jun 2022 telah merekodkan bahawa jumlah Dagangan Malaysia meningkat 43.4 peratus dengan nilai RM270.4 bilion.

“Sebahagian besar pertumbuhan ini adalah daripada pertumbuhan eksport yang berkembang sebanyak 38.8 peratus kepada RM146.2 bilion disokong oleh permintaan daripada dalam dan luar negara, pertambahan perbelanjaan dalam sektor swasta dan
awam serta pembukaan semula sempadan dan aktiviti ekonomi.

“Ini juga membuktikan bahawa negara mempunyai asas yang kukuh dalam pertumbuhan perdagangan ke arah proses pemulihan.

Namun begitu kata Muhyiddin, sektor pembinaan masih mengalami pengucupan dengan laporan DOSM menunjukkan nilai kerja pembinaan menguncup 6.1 peratus kepada 29.5 bilion berbanding suku tahun yang sama tahun lepas.

“Sektor ini juga masih menghadapi cabaran untuk mendapatkan tenaga kerja yang diperlukan selain kini berhadapan dengan kenaikan harga bahan binaan seperti bar keluli, simen, batu baur, pasir dan batu bata,” katanya.

Hal demikian menurut beliau, isu pekerja asing masih belum diselesaikan kerajaan meskipun ia telah didesak beberapa kali.

Dalam perkembangan sama, kata Muhyiddin pihak Kementerian Kerja Raya (KKR) telah mengenal pasti empat isu yang dihadapi sektor pembinaan iaitu kos bahan binaan, kekurangan pekerja, penyediaan tempat tinggal pekerja serta aliran tunai syarikat yang lemah.

“Mesyuarat bersetuju dengan cadangan KKR bagi menguatkuasakan semula Syarat Perubahan Harga (Variation of Price) bermula 15 Julai.

“Tindakan KKR bagi membenarkan CIDB melalui Construction Labour Exchange Center untuk menguruskan kemasukan pekerja asing bagi sektor pembinaan turut dipersetujui oleh mesyuarat,” katanya.

Menurut beliau,MPN berpendapat indikator-indikator ekonomi yang memberangsangkan akan lebih bermakna apabila kesejahteraan dan ekonomi rakyat turut berkembang seiring.

“Semua pemegang taruh harus bekerjasama dalam menangani kenaikan harga barang terutamanya barang makanan supaya semua rakyat Malaysia dapat menikmati hasil pemulihan ekonomi pasca pandemik yang lebih menyeluruh dan bermakna,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat