Tarik darurat diam-diam sebab takut kerajaan kalah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden Amanah, Mohamad Sabu mengulang kritikannya bahawa perisytiharan darurat adalah bertujuan menyelamatkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bukan untuk menangani Covid-19.

Ahli Parlimen Kota Raja itu berkata ternyata hujah itu betul sekarang.

“Hari ini darurat ditarik senyap-senyap sebab kalau diundi saya berkeyakinan pihak kerajaan akan kalah sebab itu ditarik secara diam-diam.

“Kenapa kita tak boleh korbankan seorang (Perdana Menteri) untuk selamatkan Malaysia ini?

“…kita tak boleh dalam keadaan begini nafi..nafi, menteri seolah-olah maksum.

Mohamad menjelaskan indikasi kegagalan proklamasi darurat ini di mana sebelum darurat 6,000 paling tinggi sehari selepas darurat 17,000 sehari.

“Ertinya isytihar darurat sia-sia, yang untung Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana beliau selamat lagi sampai sekarang.

“Memang bila ada beberapa orang rakan mereka lompat atau tidak isytiharkan sokongan maka cepat-cepat Perdana Menteri yang mengetuai Kabinet menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk memohon darurat, darurat ini darurat yang menyelamatkan Perdana Menteri bukan menyelamatkan rakyat.

“Sebenarnya tak perlu darurat untuk kita hadapi masalah Covid-19 ini kita ada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) boleh dikerahkan anggota keselamatan tanpa darurat,” katanya.

Ujar beliau dalam hal menghadapi penyakit ini biarlah kita bersatu bagaimana perintah kawalan pergerakan (PKP) hendak dilaksanakan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat