Darurat tamat kejayaan perjuangan Zahid, UMNO – Azalina

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata keputusan kerajaan tidak menyambung Proklamasi Darurat dan Ordinan-Ordinannya selepas 1 Ogos adalah hasil desakan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi dan kepimpinan parti itu.

Beliau yang juga Timbalan Speaker Dewan Rakyat yakin keputusan itu hasil desakan berterusan UMNO sehingga kerajaan persekutuan akur.

“Zahid melalui kenyataan media bertarikh 25 Julai lalu telah menggariskan ketetapan UMNO mengenai Proklamasi Darurat dan Ordinan-Ordinannya yang perlu dibatalkan dan tidak diteruskan selepas 1 Ogos 2021.

“Susulan itu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Parlimen) sebentar tadi telah mengumumkan kerajaan persekutuan memutuskan tidak akan menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan Proklamasi Darurat yang baru apabila tamat pada 1 Ogos 2021 dan berdasarkan Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan, semua Ordinan Darurat yang telah dibuat semasa Proklamasi Darurat ini adalah dibatalkan,” katanya dalam kenyataan.

Azalina yang juga Ketua UMNO Bahagian Pengerang mengucapkan syabas dan tahniah kepada Zahid dan kepimpinan Umno yang sejak awal lagi dan secara berterusan telah menjunjung titah Agong dan membawa suara rakyat agar darurat tidak diteruskan selepas 1 Ogos.

Terdahulu, Takiyuddin mengesahkan kerajaan tidak akan menasihatkan Agong untuk mengisytiharkan darurat baharu apabila ia tamat pada 1 Ogos.

Beliau juga memaklumkan kepada Dewan Rakyat bahawa kerajaan akan membatalkan semua Ordinan Darurat yang dibuat semasa ia diisytiharkan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat