Pembangkang di Parlimen ibarat kera dapat bunga

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Wajah sebenar pembangkang boleh diibaratkan ‘bagai kera mendapat bunga’ terserlah dalam sesi sidang khas Parlimen yang bermula hari ini,” kata Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan.

Beliau berkata, adalah lebih baik sidang khas Parlimen digunakan untuk mendengar pembentangan kerajaan dan memberi cadangan demi kebaikan rakyat.

Menurut Wan Saiful, sekarang bukan masa untuk bersaing antara ahli Parlimen sebaliknya masing-masing perlu menggunakan sesi ini dengan sebaik-baiknya demi rakyat.

“Belum sampai satu jam Parlimen bersidang, perangai sebenar pembangkang terserlah. Kita jangan lupa, dulu semasa PH (Pakatan Harapan) pegang kerajaan, mereka potong atau hapuskan banyak bantuan. Bila rakyat minta, mereka kata kerajaan tak ada duit.

“Ingat lagi RM30 kerajaan PH bagi? Masa kerajaan banyak duit, dia bagi RM30. Masa kewangan kerajaan terhad sekarang ni, agaknya berapa yang dia nak bagi? RM30 lagi?

“Lebih buruk, apabila kerajaan sekarang nak bentangkan dalam Parlimen rancangan penuh untuk bantu rakyat, mereka cuba sedaya upaya untuk ganggu,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Dalam pada itu, Wan Saiful berkata, kerajaan sudah membuka pintu untuk pembangkang menyumbang dan bersetuju melantik pembangkang dalam Majlis Pemulihan Negara.

“Malahan peruntukan bantu rakyat pun kerajaan dah bagi kepada pembangkang. Kalau semua ini disambut dengan baik dan PH tunjuk kesediaan bekerjasama dengan kerajaan, manfaatnya untuk rakyat juga nanti,” kata beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat