Kapal Penyelidik China Masuk Lagi Zon Ekonomi Eksklusif Malaysia Minggu Lepas

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kapal penyelidik China, Haiyang Dizhi 8 telah memasuki perairan Malaysia dalam kejadian minggu lalu dan dipercayai mensasarkan kawasan-kawasan perairan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Malaysia yang kaya dengan sumber minyak dan gas serta menempatkan aktiviti cari gali minyak dan gas membabitkan Petronas dan rakan-rakan perniagaannya.

Kapal penyelidik China itu pernah mencetuskan insiden di perairan ZEE Malaysia tiga tahun lepas.

Kini dilaporkan telah kembali ke perairan ZEE Malaysia sekali lagi, dipercayai untuk melakukan kerja-kerja kajian dasar laut.

Akaun twitter Garuda Rajawali berkata, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah bertindak balas dengan menghantar KA Bunga Mas 5, sebuah kapal bantuan tentera laut yang berpangkalan di luar Kota Kinabalu.

“Maklum balas Malaysia adalah wajar dan berkadar tanpa sebarang risiko peningkatan.

“Oleh itu, sudah tiba masanya untuk TLDM dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dilengkapi dengan lebih banyak kapal bantuan dan mempercepatkan Multi-Purpose Mission Ship (MPMS).

“Bukan itu sahaja, program kapal Littoral Mission Ship (LMS) Batch 2 perlu dipercepatkan dan ditambah daripada 3 unit kepada 8,” katanya.

Tiga tahun lepas, dilaporkan kapal penyelidik China itu dikesan beroperasi di lokasi perairan berhampiran dengan aktiviti kapal ultra drillship, West Capella yang dikontrak oleh Petronas untuk menjalankan kerja-kerja penggerudian.

Kapal drillship West Capella itu dimiliki oleh syarikat Seadrill yang berpengkalan di London tetapi dikontrakkan kepada Petronas.

Sejak akhir 2019, kapal West Capella telah menjalankan kerja-kerjanya di dua blok minyak dan gas di dalam kawasan ZEE Malaysia iaitu di Arapaima-1 di Blok-ND1 dan Lala-1 di Blok ND-2.

Kehadiran kapal Haiyang Dizhi 8 di dalam perairan ZEE Malaysia pada April 2020 telah dikawal ketat oleh beberapa buah kapal pengawal pantai serta maritim militia China, berkemungkinan sama dengan apa yang sedang berlaku pada ketika ini.

Kredit Foto: FB

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat