Lawan dengan idea dan polisi bukan menghina – Dr Akmal ingatkan Ketua Pemuda PAS

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh mengingatkan Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Ahmad Fadhli Shaari supaya lawan menggunakan idea dan polisi yang baik untuk rakyat bukannya dengan cara menghina dan merendahkan satu sama lain.

Dr Akmal malah membidas, “benarlah parti politik ini bukan melambangkan Islam, tetapi perbuatan kita yang sebenarnya melambangkan Islam”.

“Mengucap panjang saya bila membaca kenyataan dari sahabat saya dari parti Pas. Kita ni boleh berbeza pendapat,tetapi janganlah sampai menghina dan merendahkan antara satu sama lain.

“Islam tidak ajar kita menghina orang lain walaupun berbeza pendapat.

“Kita lawan dengan idea dan polisi yang baik untuk rakyat bukan dengan menghina orang lain.

“Benarlah parti politik ini bukan melambangkan islam,tetapi perbuatan kita yang sebenarnya melambangkan Islam. Moga Allah lindungi kita dari menjadi fitnah kepada Islam,” katanya dalam kenyataan di Facebook pada Ahad.

Pada 24 Jun lalu, Ahmad Fadhli yang juga Ketua Pemuda PAS mendakwa, DAP melayan Barisan Nasional (BN) seperti kain buruk yang digunakan untuk mengelap kaki ketika basah.

Katanya, perumpamaan yang beliau gunakan meskipun bunyinya kasar tetapi bukan bermaksud secara peribadi bermusuhan dengan rakan-rakannya dalam BN.

Beliau menggambarkan situasi BN sekarang yang berada bersama DAP dalam Kerajaan Perpaduan dengan kiasan seumpama itu, selepas ada bekas pemimpin DAP berani menggelar BN sebagai pakatan korup.

Pun begitu, Ahmad Fadhli memohon maaf atas kenyataan berkenaan dan kata beliau kenyataan itu dibuat dengan harapan pemimpin DAP yang tampil menyanggah bagaimanapun pemimpin Umno pula berkecil hati.

“Sewaktu berucap di Konvensyen Pilihan Raya PN Selangor, saya menyebut antaranya, “..bagi pandangan DAP, BN ini hanyalah kain buruk yang digunakan untuk mengelap kaki ketika basah..”

“Saya tidak berniat menghina Umno dan Barisan Nasional. Saya menyebut, “..bagi pandangan DAP..” bukan “..bagi pandangan saya..”. Bagi pandangan saya, UMNO ialah parti keramat, penjulang sang saka bangsa apa yang saya sebut ialah, “..bagi pandangan DAP…”

“Saya jangkakan, pimpinan DAP lah yang akan menyanggah kenyataan itu dengan menyebut (sebagai contoh), “..kami tak pernah anggap BN/Umno begitu, kami anggap BN/UMNO ialah sekuntum bunga harum dipetik di taman diletakkan di jambangan di pasu yang indah.

“Tapi tiba-tiba yang menyanggah saya ialah pemimpin-pemimpin Umno. Tak apalah, jika kawan-kawan Umno kecil hati, saya minta maaf. Saya hanya mengingatkan sahaja. Tapi jika BN/Umno dah puas hati dengan kenyataan DAP yang mengatakan BN parti korup, silakanlah. Walaupun YB Anthony Loke kata Tony Pua tak pegang jawatan apa-apa, ingatlah bahawa Tony Pua itu ialah Penasihat Dasar Setiausaha Agung DAP. Tapi saya lihat pemimpin BN/Umno dah puas hati dengan penafian Anthony Loke, silakanlah.

“Jadi saya minta maaf dengan kenyataan saya itu. Saya tukarkan kepada ayat ini, “..bagi pandangan DAP, Umno ialah parti suci dan mulia, harum semerbak kasturi, bagaikan air mutlak yang suci lagi menyucikan,” katanya sinis.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Pasir Mas itu berharap DAP tidak pula marah dengan kenyataan beliau itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat