Jangan Tuduh #KerajaanGagal Mainan Propaganda UMNO, Tak Mampu Upah Tentera Siber – Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tanda pagar #KerajaanGagal yang trending di media sosial bukan kerja UMNO,” tegas Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau memberi amaran, “jangan tuduh hashtag #KerajaanGagal yang sedang tular dalam kalangan rakyat itu mainan propaganda UMNO.

“Mustahil UMNO mampu menyediakan ribuan tentera siber untuk tujuan tersebut dengan sumber kewangannya disekat.

“UMNO tiada peruntukan sebanyak itu atau sekurang-kurangnya RM40.5 juta untuk menyediakan pasukan siber sebesar itu.

“Saya fikir hashtag #KerajaanGagal ‘organik’ oleh rakyat yang tidak berpuas hati dengan cara kerajaan PN menguruskan negara,” kata Ahli Parlimen Bagan Datuk itu.

Ujar Zahid, kemarahan rakyat ini wajar dibendung dengan mengembalikan amalan sistem demokrasi Malaysia.

Hal demikian solusinya kata Zahid ialah membenarkan Parlimen kembali bersidang kerana di situ tempat mencapai kaedah terbaik untuk menyelamatkan negara sebelum terlambat.

“Tanda pagar #KerajaanGagal malah dikatakan antara hashtag paling popular digunakan rakyat Malaysia ketika ini. Beberapa media dalam talian melaporkan tanda pagar tersebut pernah mencecah naik sehingga angka 150 ribu. Sekali gus meletakkannya sebagai tanda pagar nombor satu di Malaysia yang paling banyak digunakan oleh pengguna Twitter.

“Tiba-tiba badan kajian Merdeka Center kelmarin mengumumkan dapatan tinjauannya mendapati majoriti rakyat sokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Kajian yang cuma melibatkan 2,111 responden itu dilakukan melalui panggilan talian tetap dan telefon bimbit. Ironi mereka tiba-tiba telefon anda dan tanya anda sokong kerajaan atau tidak?

“Walau apa pun hasil kajian sana sini dikemukakan, realitinya hashtag #KerajaanGagal sedang berleluasa di maya.

“Saya fikir ini satu lagi manifestasi rasa tidak puas hati masyarakat Malaysia terhadap pentadbiran kerajaan PN,” jelas beliau.

Zahid mengemukakan alasan amarah rakyat itu berpunca daripada Ordinan Darurat menggantung sistem demokrasi negara dengan alasan membendung Covid-19, namun pandemik terus meningkat.

“Rakyat marhaen kerap dipersalahkan di atas kenaikan kes Covid-19 dan dikompaun, tetapi kluster kayangan bermaharajalela melakukan pelanggaran SOP.

“Keadaan ekonomi negara selalu diilustrasikan sebagai memberangsangkan dan stabil dalam kebanyakan ‘perutusan’ kerajaan.

“Tetapi realitinya rakyat sedang berdepan tekanan ekonomi yang maha dasyat sehinggakan kenaikan harga ayam pun gagal ditangani,” bidas beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat