Tunggu darurat tamat baru Parlimen bersidang, bukan salah guna kuasa – Takiyuddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Asakan dan kritikan tidak mengendurkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk membuka semula Parlimen sebaliknya Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan menegaskan kerajaan memberi jaminan sidang Parlimen akan segera dipanggil apabila tiba masanya yang sesuai sama ada sebelum ataupun selepas Darurat ditamatkan pada 1 Ogos 2021 nanti.

Kata beliau, kerajaan mengambil maklum gesaan beberapa pihak termasuk parti-parti politik supaya Parlimen dipanggil bersidang walaupun negara masih lagi berdepan dengan pandemik Covid-19 yang belum reda sepenuhnya.

Takiyuddin memberitahu, semasa darurat berkuatkuasa, semua pihak termasuk pembangkang masih boleh menyalurkan sebarang pandangan kepada kerajaan melalui saluran-saluran yang dibenarkan, termasuklah melalui Jawatankuasa Khas Bebas yang ditubuhkan di bawah Ordinan Darurat bagi menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai hal-hal berkaitan kuatkuasa darurat.

“Kerajaan memberi jaminan sidang Parlimen akan segera dipanggil apabila tiba masanya yang sesuai sama ada sebelum ataupun selepas Darurat ditamatkan pada 1 Ogos 2021 nanti.

“Namun demikian perkara ini akan bergantung kepada nasihat dan pandangan pakar yang akan diperolehi oleh Kerajaan daripada semua pihak yang berkenaan terutamanya Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Dalam masa yang sama, tidaklah wajar wujud kesangsian atau syak wasangka berlakunya salahguna kuasa kerana sistem Kerajaan berfungsi sebagaimana biasa termasuklah dalam aspek pemantauan pentadbiran oleh pihak penguatkuasa terutamanya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Audit Negara dan juga Jawatankuasa Kira￾kira Wang Awam (PAC),” katanya.

 

Dalam hal ini menurut Takiyuddin kerajaan ingin menarik perhatian semua pihak bahawa langkah pengawalan dan pencegahan wabak merbahaya ini masih
berterusan dengan seluruh jentera kerajaan memberi fokus terhadap tindakan imunisasi, rawatan, pengasingan dan juga pelan vaksinasi yang berterusan.

“Di samping itu pihak penguatkuasa terutama PDRM, ATM, Imigresen, RELA dan lain-lain masih bertungkus lumus menjaga perbatasan negara daripada dibolosi pendatang asing yang turut membawa risiko penularan covid dari negara luar.

“Kerajaan amat menyedari tanggungjawab keperlembagaan (constitutional responsibilities) untuk memastikan penerusan proses demokrasi di negara ini terjamin melalui sidang Parlimen, namun keutamaan yang diberikan pada masa ini adalah usaha memastikan penularan wabak ini dapat dikawal sepenuhnya termasuklah melindungi
aspek kesihatan ahli-ahli Parlimen, pegawai-pegawai dan semua pihak yang berurusan dengan Parlimen,” jelas beliau dalam satu kenyataan media, hari ini.

Justeru katanya, semua pihak diseru supaya memberikan sepenuh kerjasama kepada Kerajaan dalam usaha giatnya demi memastikan survival hidup dan kehidupan rakyat melalui aspek-aspek kesihatan, ekonomi dan sosial. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat