Cukai naik tak beri impak ketara, hasil kerajaan meningkat RM3 bilion – Anwar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -Perubahan kepada dasar cukai perkhidmatan terutamanya kenaikan kadar cukai perkhidmatan tidak memberi impak yang ketara
kepada inflasi dengan anggaran sekitar 0.2 mata peratusan.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ini disebabkan perubahan dasar hanya melibatkan cukai perkhidmatan dan cukai jualan kekal dengan skop dan kadar cukai sedia ada.

Jelas Menteri Kewangan itu,skop kenaan cukai perkhidmatan adalah kecil iaitu hanya ke atas 41 peratus daripada bilangan perkhidmatan yang terdapat dalam ekonomi.

“Bilangan penyedia perkhidmatan juga adalah kecil iaitu sekitar 60,000 entiti yang berdaftar dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

“Perubahan kadar cukai perkhidmatan dari 6 peratus kepada 8 peratus tidak melibatkan perkhidmatan yang menjadi keperluan asas serta menjadi sebahagian daripada gaya hidup rakyat seperti makanan dan minuman, telekomunikasi serta parkir kenderaan.

“Perkhidmatan logistik juga dikenakan kadar cukai 6 peratus. Pelbagai perkhidmatan asas tidak dikenakan cukai perkhidmatan seperti pendidikan; kesihatan; pengangkutan penumpang darat dan laut; pengangkutan penumpang udara bagi Rural Air Services di Sabah dan Sarawak; telekomunikasi prabayar kepada warganegara; penghantaran makan-minum; bekalan air; bekalan elektrik di bawah 600kWj bagi rumah kediaman; dan bekalan elektrik kepada premis perniagaan,” katanya di Dewan Rakyat pada Selasa.

Anwar menjawab soalan Datuk Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) yang bertanya kesan terhadap kos sara hidup rakyat dan kos pengeluaran industri akibat kenaikan cukai SST daripada 6 peratus kepada 8 peratus dan berapakah jumlah tambahan kutipan hasil negara daripada pelaksanaan semua langkah baharu bagi tahun 2024.

Justeru kata Anwar, melalui peluasan skop dan perubahan kadar cukai perkhidmatan ini, kerajaan menjangkakan akan mengutip hasil berjumlah RM3 bilion.

“Kenaikan kadar cukai perkhidmatan daripada 6 peratus ke 8 peratus yang berkuat kuasa mulai 1 Mac 2024 pula lebih menumpukan
kepada aktiviti berkaitan perkhidmatan kemahuan (‘discretionary’) dan aktiviti antara perniagaan yang kurang melibatkan rakyat secara langsung.

“Perbelanjaan bagi makanan dan minuman serta telekomunikasi tidak dinaikkan dan kekal pada kadar 6 peratus.

“Perbelanjaan utiliti seperti air dan petrol, kekal tidak dikenakan cukai perkhidmatan atau jualan. Kerajaan juga telah mengambil langkah mengurangkan insiden cukai berganda seperti untuk sektor logistik.

“Langkah sebegini mencerminkan pendekatan progresif kerajaan, iaitu walaupun asas hasil diperluas, ia diimbangi dengan mengambil kira kepentingan majoriti rakyat,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat