Lukakan perasaan orang Islam: Pengasas KK Mart dan isteri mengaku tak bersalah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan, didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini, kerana melukakan perasaan orang Islam berhubung penjualan stoking tertera kalimah Allah di kedai serbaneka berkenaan.

Turut didakwa, isterinya, Datin Seri Loh Siew Mui, atas kesalahan sama mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan (KK) yang dibaca bersama Seksyen 298 KK yang membawa hukuman penjara hingga setahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, Kee Kan, 57, dan Siew Mui, 53, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan di hadapan Hakim, Muhamad Anas Mahadzir.

Mengikut semua pertuduhan, KK Super Mart & Superstore Sdn Bhd berniat dengan sengaja melukakan perasaan agama orang Islam dengan mempamerkan stoking bercetak kalimah Allah di rak pameran jualan yang telah dilihat oleh seorang lelaki berusia 32 tahun.

Semua tertuduh didakwa pada hari yang sama telah bersubahat melakukan kesalahan tersebut di mana kesalahan berkenaan dilakukan hasil daripada persubahatan mereka, lapor BH di Shah Alam pada Selasa.

Kesalahan didakwa dilakukan di KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Bandar Sunway, pada jam 6.30 pagi, 13 Mac lalu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat