Mufti Perlis akui lepas tukar kerajaan ketegangan kaum, agama mula reda

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengakui apabila berlaku pertukaran kerajaan, ketegangan kaum dan agama nampaknya mula reda.

Bagaimanapun katanya, isu kestabilan kerajaan pula timbul apabila jumlah sokongan di Parlimen kelihatan agak kritikal.

Hal demikina kata Mohd Asri, dalam meraih sokongan, pelbagai tawaran oleh pihak-pihak yang bersaing mampu menggugat kerajaan sedia ada.

“ Kes-kes di mahkamah menyumbang kepada keadaan ini. Tawaran pihak lain kepada mereka yang terlibat, menjadikan sokongan terhadap kerajaan sedia ada bergoncang.

“ Semalam saya bertanya Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang hal itu. Kata beliau: “Saya tidak boleh campur tangan urusan mahkamah. Saya ada agama. Saya ada prinsip. Biarlah perkara itu diputuskan oleh mahkamah”.

“ Saya kata: “pendirian itu sangat benar, cumanya ia akan diambil peluang oleh pihak yang lain”. Kata beliau: “Itulah cabaran yang saya kena hadapi”, catat Mohd Asri berkongsi inti pati perbualannya dengan Perdana Menteri, semalam.

Mufti Perlis yang juga menganggotai Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 berkata, kenyataan sesetengah pemimpin Pakatan Harapan (PH) sebelum ini menimbulkan ombak kemarahan dan keresahan umat Islam.

Hal demikian katanya, mencetuskan ketegangan kaum dan agama mula nampak meruncing.

“ Hal ini satu pengalaman yang dirasai oleh semua. Saya seperti majoriti rakyat resah walaupun dari segi hubungan saya dengan pemimpin-pemimpin PH agak baik. Saya mula berbeda dengan mereka.“Bagi saya, pentadbiran negara ditimbang antara kemaslahatan dan kemudaratan. Apa yang paling membawa maslahat di sokong. Apa yang membawa mudarat ditolak.

“Jika bertembung antara dua kemudaratan, kita memilih mudarat yang paling ringan. Bukan kerana itu kesukaan kita, tapi kerana hanya itu sahaja pilihan yang ada.

“Padahal asalnya kita berusaha mencari manakah kemaslahatan yang lebih besar untuk kita capai. Namun, apabila yang tinggal hanyalah manakah kemudaratan yang lebih kecil untuk kita pilih, maka itulah keterpaksaan yang bukan kehendak kita,” ujar beliau.

Mohd Asri memberitahu, suasana politik hari ini bukan impian kita. Namun, kita semua terpaksa berijtihad menentukan pilihan dalam menilai antara mudarat-mudarat yang terbentang dan pengalaman yang kita pernah lalui.

“Bagi saya, sukar mencari orang politik yang penuh tulus dan ikhlas. Demikianlah juga parti politik.

“ Apa yang boleh kita lakukan adalah menimbang manakah yang kurang mudarat dari segi agama dan urus tadbir kenegaraan. Kemudian, kita berijtihad menyokong yang paling kurang mudarat dengan kadar yang diperlukan sahaja.

“Bukan kerana kita terlalu suka, ataupun menerima segala tindakan yang dilakukan. Tetapi, kita menimbang antara kemerbahayaan-kemerbahayaan yang ada. Masa depan umat dan negara menjadi kayu ukur kita. Kesemuanya itu akan kita jawab di hadapan ALLAH nanti.

“Jika yang kurang mudarat bertukar menjadi lebih mudarat pada suatu masa, maka kita juga perlu mengambil pendirian yang berbeza tapi tetap atas prinsip yang sama, iaitu menimbang antara kemudaratan dan kemaslahatan bagi umat dan negara,” katanya. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat