Adun Amanah gesa kerajaan beri kontrak projek 5G secara telus dan tender terbuka

- Advertisement -

CYBERJAYA: Adun Permatang Pasir, Faiz Fadzil menggesa agar segala pemberian kontrak kerajaan dalam projek teknologi generasi kelima (5G) perlu “telus dan diberikan atas dasar tender terbuka,”.

Jelasnya, sektor swasta sewajarnya menerajui pembinaan dan pengurusan infrastruktur 5G dengan bantuan kerajaan untuk mengurangkan kos.

“Sektor swasta sepatutnya menerajui pembinaan dan pengurusan infrastruktur 5G dengan dibantu kerajaan untuk mengurangkan kos.

“Bukan itu sahaja, perlaksanaan 5G tidak harus diutamakan hanya di bandar, malah harus cepat sampai ke kawasan luar bandar.

“Kita tidak mahu kesenjangan digital (digital inequality) Malaysia terus merosot bawah kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang memberi kesan kepada sosio-ekonomi dan kualiti pendidikan orang Melayu dan penduduk luar bandar,” katanya yang juga AJK Amanah Kebangsaan pada satu kenyataan.

Anggota Jawantankuasa Parti Amanah Negara (Amanah) itu berkata, masih belum terlambat bagi kerajaan PN untuk membetulkan keputusan pelaksanaan 5G menerusi syarikat tujuan khas (SPV).

Dia berkata demikian selepas Fitch Solutions, cabang penyelidikan agensi penarafan kredit Fitch Group, membidas keputusan kerajaan untuk melaksanakan spektrum 5G melalui SPV.

Pada 22 Feb lalu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah berkata, kerajaan memutuskan untuk berbuat demikian bagi memastikan proses tersebut berjalan cepat.

Kata Saifuddin, fokus kerajaan sekarang adaah untuk membawa teknologi tersebut dan pada sama melaksanakan ia secepat mungkin.

Mengulas lanjut, Faiz hari ini berkata tindakan kerajaan PN untuk campur tangan secara langsung dalam perlaksanaan teknologi 5G Malaysia yang melibatkan pelaburan RM15 bilion juga mencurigakan.

Tambanya melalui kaedah ini, kerajaan mempunyai kuasa mutlak untuk memutuskan pemberian kontrak sejurus menimbulkan isu birokrasi dan korupsi.

“Sebuah SPV akan dibentuk di bawah kementerian kewangan untuk memiliki, membina dan menguruskan infrastruktur 5G negara.

“Sudah pasti melalui konsep ini, PN mempunyai kuasa mutlak memutuskan pembahagian kontrak-kontrak utama berkaitan 5G dan seterusnya boleh menimbulkan unsur korupsi dan birokrasi.

“Ini sememangnya membimbangkan, memandangkan reputasi PN yang dibina atas konsep “scheme of things” dan dilihat mengkayakan ahli parti dan ahli keluarga mereka walaupun baru setahun berkuasa,” dakwanya.

Sekiranya pelaksanaan 5G gagal akibat konsep SPV, Faiz menjelaskan, negara akan dilihat jauh ketinggalan dalam aspek ‘digital connectivity’ (perhubungan digital).

“Justeru, kerajaan PN seharusnya mengikut jejak langkah kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini yang telah bercadang untuk membentuk satu konsortium yang terdiri daripada syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan.

“Konsep ini mampu mengurangkan kos, mempercepatkan pelaksanaan 5G dan yang paling penting, telus dari aspek pemberian kontrak berkonsepkan tender terbuka,” kata anak kepada bekas presiden PAS Allahyarham Fadzil Noor itu.

Spektrum 5G akan dimiliki sepenuhnya dan diuruskan oleh SPV yang dimiliki oleh Kementerian Kewangan dan dilaporkan berbeza dengan model bidaan pasaran terbuka yang diguna pakai oleh banyak pasaran Asia dalam memperuntukkan lesen dan frekuensi 5G. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat