Agong Tidak Perlu Nasihat PM Untuk Panggil Parlimen Ketika Darurat

- Advertisement -

KENYATAAN Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah semalam berhubung KDYMM Yang Dipertuan Agong boleh memanggil mesyuarat Parlimen tanpa terlebih dahulu merujuk kepada Perdana Menteri selama darurat berkuatkuasa, menyebabkan saya tergerak untuk merujuk sendiri Warta Kerajaan Persekutuan berhubung dengan pengisytiharan darurat ini.

Sudah tentu sebagai ahli parlimen paling lama berkhidmat di negara ini, Tengku Razaleigh mempunyai pandangan yang jelas, kalau tidak lebih baik tentang isu berkenaan.

Ternyata, jelas dinyatakan pada Perkara 14 (2) warta kerajaan berkenaan dibawah fasal Persidangan Parlimen bahawa “Parlimen hendaklah dipanggil, diproprog dan dibubarkan pada satu tarikh sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Yang Dipertuan Agung”.

Berdasarkan kepada kenyataan itu dan pandangan Tengku Razaleigh di atas, ramai berpandangan KDYMM tidak perlu mendapat nasihat daripada Perdana Menteri pun untuk berbuat demikian.

Begitupun, jika merujuk kepada kenyataan rasmi Istana Negara berhubung isu sama kelmarin yang menyebut tentang KDYMM perlu mendapat nasihat Perdana Menteri terlebih dahulu sebelum memanggil persidangan parlimen, timbul persoalan, dimana kebenaran yang sebetulnya terletak?

Atau adakah ini juga bermaksud pihak Istana telah diberi nasihat yang salah mengenai perkara tersebut?

Jika wujud kekhilafan, maka pihak yang berkenaan perlulah segera memberikan penjelasan kepada rakyat akan perkara yang sebenarnya.

Kita faham tidak semua orang biasa dengan selok belok bahasa perundangan tapi berdasarkan pengetahuan yang sedikit ini, disamping mengelak dari timbul kekeliruan yang berpanjangan, maka penjelasan itu rasanya perlu.

AMIR SAIFULLAH
Gombak, Selangor

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat