Tak Wujud Dua Kem Dalam PAS, Tak Masuk Akal Singkir Abdul Hadi – MB Terengganu

KUALA TERENGGANU – PAS menyangkal dakwaan wujudnya perpecahan dalam parti itu, dalam usaha menyingkirkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Dua kumpulan itu merujuk kepada ‘geng publika’ yang dikatakan kumpulan pro-Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) dan ‘geng ustaz’ yang memihak kepada UMNO dan dikatakan cuba menukar presiden parti itu.

Naib Presiden PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, tidak wujud dua kem dalam parti itu sebagaimana dakwaan yang tular di media sosial.

Malah katanya, tuduhan itu sama sekali tidak berasas.

“Tiada masalah yang timbul dalam parti termasuk barisan kepimpinan di dalam PAS. Tak betul (dakwaan itu), ia hanya khabar angin yang sengaja diadakan terutamanya pada zaman media sosial sekarang.

“Pada saya, cerita itu tiada asas kerana kami ok sahaja, tiada masalah apa pun, tak ada apa,” katanya.

Ditanya tentang dakwaan wujudnya usaha menyingkirkan Abdul Hadi, beliau bagaimanapun menyifatkannya tidak masuk akal.

“Saya rasa dakwaan itu lagi tak masuk akal. Nak menjatuhkan Presiden PAS, tapi saya tak terfikir ada siapa-siapa yang mempunyai atau merasakan diri mereka boleh mencapai tahap Presiden PAS sekarang.

“Jadi, tidak timbul (singkir Abdul Hadi), saya rasa itu diadakan pihak-pihak luar sahaja,” katanya.

Sebelum ini, tular di media sosial yang mengaitkan perpecahan PAS kepada dua kumpulan, iaitu ‘geng publika’ yang dikatakan pro-Bersatu dan ‘geng ustaz’ yang pro-UMNO dan dikatakan cuba menukar Abdul Hadi.

Antara nama yang dikaitkan dengan ‘geng publika’ ialah Ahmad Samsuri sendiri dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

‘Geng ustaz’ pula antaranya Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz. – Sinar

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

UMNO 3.0 Sedia Singkir Zahid, Najib Termasuk Mat Hasan Ogos Ini : Laporan

KUALA LUMPUR - Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Datuk...

Hakim kelihatan ‘terdorong’ putuskan Najib bersalah – Peguam

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu, hakim dalam perbicaraan kes Datuk Seri Najib Razak berkaitan dana SRC International Sdn Bhd, bagaikan 'terdorong' untuk memutuskan...

Berita Berkaitan

UMNO, PAS, Bersatu, PKR & Amanah Bentuk Kesatuan Baharu Depani PRU-15?

KUALA LUMPUR - Gelombang politik baharu tanah air bakal berubah lagi, apabila hari ini Ketua Pemuda UMNO Titiwangsa, Datuk Nazir Hussin Aktar Hussin memulakan...

Pelakon Iklan Judi Raya Dibayar Upah RM180 – Polis

PETALING JAYA - Barisan pelakon yang terbabit dalam pembikinan video iklan bertema raya mempromosi judi dalam talian yang tular di media sosial semalam, hanya...

2,331 Kes Baru Covid-19, Lima Kematian Dilaporkan Hari Ini

KUALA LUMPUR - Jangkitan baharu COVID-19 dalam negara terus mencecah empat angka dengan jumlah kes positif yang dilaporkan dalam tempoh 24 ialah sebanyak 2,331...