Maybank Untung Bersih RM6.48 Bilion Bagi Tahun Kewangan 2020

PETALING JAYA – Malayan Banking Berhad (Maybank) mencatatkan keuntungan bersih lebih rendah pada tahun kewangan 2020 pada RM6.48 bilion, menurun 20.94 peratus berbanding RM8.20 bilion yang dicatatkan pada tahun sebelumnya.

Menurut Maybank, penurunan itu disebabkan kerugian penurunan nilai yang lebih tinggi akibat impak pandemik Covid-19.

Untung bersih kumpulan tersebut turut menurun pada suku keempat 2020 pada RM1.54 bilion, 37.23 peratus lebih rendah berbanding RM2.45 bilion yang dicatatkan pada tahun sebelumnya.

Pengerusi Maybank, Tan Sri Zamzamzairani Mohd. Isa berkata, Kumpulan tersebut berjaya menunjukkan ketahanan dan kemampuan untuk kekal tangkas menguruskan risiko tidak dijangka serta gangguan ketika berhadapan cabaran akibat pandemik.

“Keutamaan kami pada masa hadapan adalah untuk terus fokus kepada kemampanan kewangan dan mencipta nilai untuk semua pemegang taruh.

“Kumpulan akan melancarkan Pelan M25 yang akan menetapkan hala tuju dan objektif strategik kami untuk lima tahun akan datang bagi memandu kami ke tahap yang lebih tinggi dan mempercepat trajektor pertumbuhan,” katanya dalam sidang media secara maya, semalam.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Abdul Farid Alias berkata, prestasi Kumpulan itu disokong oleh kepelbagaian operasi dan fokusnya untuk memastikan kecairan dan asas modal yang mantap.

“Walaupun kami menjangkakan persekitaran akan kekal mencabar untuk tempoh jangka sederhana, kami berharap momentum ekonomi akan meningkat apabila kempen vaksinasi digerakkan dengan lebih komprehensif.

“Kumpulan kekal komited untuk mematuhi amalan perbankan yang baik dan pengurusan berhemah yang menjadi asas kami serta dalam masa sama mencari peluang menjana pendapatan yang baharu dan memanfaatkan kemampuan teknologi kami untuk menyediakan produk serta perkhidmatan berkelas dunia,” katanya.

Menurut Maybank, sebahagian kerugian akibat pandemik diseimbangkan dengan pendapatan operasi bersih yang lebih tinggi dan perbelanjaan overhed yang lebih rendah.

Pendapatan operasi bersihnya meningkat 0.1 peratus pada RM24.76 bilion berbanding tahun sebelumnya.

Ia disumbangkan peningkatan 12.3 peratus tahun ke tahun dalam pendapatan berasaskan fi bersih keseluruhan kepada RM8.11 bilion yang sebahagian besarnya disebabkan insurans bersih dan pendapatan pelaburan yang lebih tinggi. – Utusan

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

Hakim kelihatan ‘terdorong’ putuskan Najib bersalah – Peguam

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu, hakim dalam perbicaraan kes Datuk Seri Najib Razak berkaitan dana SRC International Sdn Bhd, bagaikan 'terdorong' untuk memutuskan...

UMNO 3.0 Sedia Singkir Zahid, Najib Termasuk Mat Hasan Ogos Ini : Laporan

KUALA LUMPUR - Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Datuk...

Berita Berkaitan

Pelakon Iklan Judi Raya Dibayar Upah RM180 – Polis

PETALING JAYA - Barisan pelakon yang terbabit dalam pembikinan video iklan bertema raya mempromosi judi dalam talian yang tular di media sosial semalam, hanya...

2,331 Kes Baru Covid-19, Lima Kematian Dilaporkan Hari Ini

KUALA LUMPUR - Jangkitan baharu COVID-19 dalam negara terus mencecah empat angka dengan jumlah kes positif yang dilaporkan dalam tempoh 24 ialah sebanyak 2,331...

Kanak-Kanak Perempuan 9 Tahun Ditemui Maut Gantung Diri – Polis

KULAI – Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun ditemui maut dalam keadaan menggantung diri di kediaman keluarganya di Flat Temenggong, di sini petang semalam. Ketua...