Bezakan garis nipis bayaran perjalanan dan rasuah politik – Shabery

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan digesa berpendirian tegas bagi membezakan antara rasuah dan sedekah.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, terdapat garis nipis membezakan bayaran perjalanan dan rasuah politik.

Kata beliau, kerajaan wajar bertegas dalam isu bayaran kepada pengundi sama ada ia wajar diberikan atau sebaliknya.

“Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tak pernah minta mana-mana calon mengemukakan kos membayar pengundi luar, sedangkan mereka membenarkan dan mereka tahu ia berlaku.

“Isytihar belanja hanya atas kertas sahaja. SPR tak pernah memeriksanya secara terperinci.

“Terdapat garis nipis membezakan bayaran perjalanan dan rasuah politik. Juga antara rasuah dan sedekah,” katanya dalam catatan di Facebook pada Khamis.

Sementara itu, Shabery juga menyatakan SPR dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kurang sepakat.

Katanya, bagi SPRM, rasuah tetap rasuah.

“Ia menjadi kejutan budaya, terutama pengundi 18 tahun. Ramai anggap mengundi hanya satu pekerjaan. Habis kerja ambil upah. Siapa yang bagi upah lebih itu yang mereka sokong.

“Parti-parti politik banyak mengikut rentak. Pandangan umum pulak: “siapa menang, mereka benar. Siapa kalah, mereka salah”. Jadi untuk kelihatan benar, buatlah apa sahaja untuk menang.

“Kerajaan Madani” kena ada pendirian. Apakah Malaysia jadi contoh, atau kita kena cari contoh lain yang lebih baik untuk diikuti,” katanya.

Beliau yang juga bekas Menteri Kabinet berkata, wujud persoalan sama ada seseorang individu itu wajar diberi sagu hati untuk pulang mengundi seterusnya meringankan beban pengundi yang kurang berkemampuan.

Namun pada satu sisi lain, terdapat pandangan bahawa ia tidak wajar dilakukan kerana mengundi adalah tanggungjawab rakyat dan disebabkan itu tidak perlu untuk memberi sebarang sagu hati untuk pulang mengundi.

Jika bayaran itu wajar, bekas Ahli Parlimen Kemaman itu berkata siapakah yang patut mengeluarkan dana berkenaan sama ada parti politik atau dibiayai oleh kerajaan dan ia disalurkan terus kepada akaun pengundi.

Mengikut amalan sekarang, Shabeery berkata SPR membenarkan pemberian sagu hati dan terpulang kepada parti politik untuk mengagihkannya.

“Tidak ada satu kaedah yang jelas, berapa jumlah yang patut dibayar. Bagi satu kawasan parlimen yang mengandungi 100,000 pengundi dan 10 peratus pengundinya berada di luar dan kebanyakan di Lembah Klang.

“Kalau secara purata RM100 seorang diberi, jika kepada 10,000 orang ia sudah bersamaan dengan RM1 juta. Kini pertambahan pengundi naik mendadak dan jumlahnya lebih besar dari itu,” katanya.

“Dikhabarkan ada parti politik yang memberi lebih daripada RM300 di samping menyediakan bas dan lain-lain pengangkutan untuk pelajar dari Lembah Klang.

“Jumlah ini boleh mencecah bayaran pengundi luar kepada RM3 juta setiap kawasan Parlimen. Takut bayaran dibuat bukan kepada pengundinya, maka timbullah isu bersumpah dahulu sebelum wang dibayar,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat