Nurflix Melancarkan Inisiatif Penerbitan Animasi Kisah 25 Rasul Edisi Bahasa Melayu

- Advertisement -

Rangkuman Inisiatif Nurflix Hingga Kini.

Sejak pelancaran Inisiatif Nurflix pada Julai 2020, Nurflix kekal komited sehingga hari ini untuk mencapai visi penubuhannya iaitu menjadi pusat kepada kandungan ilmu Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah dan hiburan sopan yang boleh dicapai dari seluruh dunia. Selain daripada katalog filem, drama dan hiburan sepertimana kebiasaan streaming platform lain, Nurflix turut mewujudkan katalog-katalog penting untuk tontonan masyarakat muslim di Malaysia khususnya seperti pembelajaran kitab-kitab tradisional Turath, Tausiyah dari guru-guru, pengajian Al-Quran, hadith dan banyak lagi.

 

Nurflix telah membuat lawatan bagi mewujudkan jalinan kerjasama pembangunan katalog dan kandungan dengan syarikat-syarikat penerbitan dari negara-negara Islam yang lain seperti Mesir, Turkey, Arab Saudi, Palestin dan Indonesia. Lebih 100 tajuk dan lebih 3000 episod sedang dan akan ditayangkan di platform Nurflix sepanjang tahun 2023 ini, gabungan dari Nurflix originals dan kandungan syndications.

Nurflix juga telah mengadakan kerjasama dengan Universiti tempatan seperti Universiti Sains Islam Malaysia, Universiti Institut Teknologi Mara dan Universiti Putra Malaysia membolehkan penerbitan koleksi penyelidikan ilmiah seperti Al Quran dan Sains (USIM), Penyelidikan Produk Halal (UPM) dan banyak lagi.

The Journey Of Humankind.

Nurflix Productions Sdn Bhd kini memulakan pembangunan katalog penerbitan filem dan siri animasi 3D menggunakan teknologi Unreal Engine dan Virtual Actor. The Journey of Humankind yang akan memaparkan secara menyeluruh kisah ketamadunan manusia sejak bermula penciptaan Nabi Adam a.s berdasarkan rujukan daripada Al Quran, Hadith dan sumber-sumber Islam yang sahih.

“kisah-kisah ini disampaikan daripada Allah swt kepada Rasulullah saw, telah ditafsir oleh ulama sejak ribuan tahun dahulu, jadi kami fokuskan penyampaian kepada generasi hari ini dengan pendekatan terkini. Sasaran kami adalah untuk menyampaikan seluruh penceritaan ini di dalam dalam animasi 3D menggunakan teknologi Unreal Engine dan Virtual Actor. Insya Allah” CEO Nurflix, Syah Mohamed

Penerbitan animasi ini adalah satu langkah besar untuk menguasai teknologi penerbitan virtual (virtual production). Membuka ruang penerokaan teknologi dan kepakaran baru kepada bakat tempatan untuk menghasilkan karya bertaraf dunia.

Siri Animasi Nabi Musa A.S Kalimullah Edisi Bahasa Melayu

Inisiatif pertama adalah penerbitan Kisah-kisah 25 Rasul yang berdasarkan rujukan utama Kitab Qisas Al Anbiya’ karya Ibnu Katsir. Siri pertama yang akan ditayangkan adalah Kisah Nabi Musa a.s Kalimullah yang akan berada di platform Nurflix bermula esok, 27 Januari 2023. Sebagai langkah awal, Nurflix bekerjasama dengan ATA Animation, sebuah penerbit animasi dari Mesir dengan melakukan suntingan untuk menambah baik dan melakukan proses alih bahasa.

Sebanyak 13 episod untuk musim pertama diterbitkan menggunakan Bahasa Melayu agar dapat memenuhi kehendak pasaran di Malaysia. Ini akan dapat memberikan kefahaman jalan cerita yang jelas serta sesuai untuk ditonton oleh semua peringkat umur. Istimewanya siri ini menampilkan Rawi Al Hakim, watak pelakon maya (virtual actor) selaku penyampai cerita dan pengembara (lakon suara oleh Alwi Mustafa) yang dicipta untuk menyampaikan kisah-kisah dari dalam kitab Qisas Al Anbiya. Pembinaan dan penciptaan watak pelakon maya Rawi Al Hakim ini diusahakan sepenuhnya oleh pasukan animasi Nurflix sendiri.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat