Elak Ketidakstabilan Politik, Jangan Ulangi Kesilapan PRU14 – Sulaiman

- Advertisement -

MELAKA – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali mengingatkan rakyat negeri ini untuk tidak mengulangi ‘kesilapan’ dibuat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu berkata, peluang diberikan kepada pembangkang pada PRU14 adalah satu kesilapan yang menyebabkan ketidakstabilan politik negara sehingga pentadbiran kerajaan persekutuan bertukar sebanyak tiga kali.

Katanya, disebabkan itu rakyat kini perlu membuat keputusan tepat dengan memilih parti yang lebih stabil dan mampu memenuhi keperluan masyarakat.

“Saya ingatkan kepada rakyat Melaka, pilihlah kerajaan yang benar-benar boleh membantu dan memenuhi semua keperluan rakyat, kita tidak mahu lagi kucar-kacir yang berlaku pada PRU14 berulang lagi.

“Tangan tuan-tuan yang akan memastikan kerajaan apa kita mahukan, jangan lagi lakukan kesilapan seperti PRU14, dalam tempoh penggal sama Perdana Menteri kita bertukar sebanyak tiga kali.

“Kalau salah pilih, kita akan menyebabkan kenikmatan yang ada pada hari ini tidak dapat diwariskan kepada anak cucu, kita perlu menjaga agama serta bangsa,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, pecahan undi juga hanya akan merugikan dan memberi kesan kepada rakyat kerana ia menyumbang kepada kegagalan untuk membentuk sebuah kerajaan yang lebih kukuh.

“Janganlah kita nak cuba-cuba esok, nak pilih, pilih betul-betul, kalau pilih sikit sini, sikit sana, akhirnya tiada satu pun parti yang boleh membentuk kerajaan, siapa yang susah, rakyat juga,” katanya. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat