Majlis Syura Ulama PAS Tak Pernah Bincang Gabung Dengan PN – Khairuddin

- Advertisement -

CYBERJAYA – Majlis Syura Ulamak PAS (MSUP) tidak pernah berbincang sebarang gabungan antara parti itu dengan Perikatan Nasional (PN), kata Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali.

Memetik laporan MalaysiaGazette, Mohd Khairuddin yang juga bekas Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS ketika mendedahkan perkara itu menegaskan, penubuhan PN itu sendiri pun tidak dibincangkan dalam MSUP.

Sedangkan, katanya, perlembagaan PAS menyatakan untuk perkara melibatkan gabungan atau kerjasama dengan parti lain mesti mendapat persetujuan MSUP.

“Ini berbeza dengan Muafakat Nasional (MN) yang melalui banyak tapisan dan lapisan iaitu dari MSUP ke Jawatankuasa PAS Pusat dan muktamar.

“Selepas itu kedua parti bersetuju mewujudkan Piagam MN yang dimeterai pada 14 September 2019. Penubuhan MN melalui proses yang panjang dan mengikut perlembagaan,” katanya.

Beliau berkata, jelas sekali penubuhan PN tidak mengikut susur galur sebagaimana MN.

Berikutan itu, kata beliau, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang bertemu dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk berbincang.

“Saya dimaklumkan oleh Ahmad Zahid, dalam pertemuan itu, kedua mereka bersetuju untuk bersama.

“Malangnya, ia tidak menjadi kenyataan selepas PAS bertemu dengan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Jawatankuasa PAS pusat yang bermesyuarat minggu lalu membuat keputusan untuk tidak bersama dengan UMNO.

“Adakah keputusan ini dibuat oleh MSUP? Ini soalannya. Ahli juga bertanya, keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa PAS pusat untuk tidak meneruskan muafakat dengan UMNO adakah itu keputusan MSUP?” soal Khairuddin, dipetik dari laporan itu.

Menurut Mohd Khairuddin lagi, MSUP merupakan badan tertinggi PAS yang menentukan sama ada boleh atau tidak sebarang bentuk hubungan antara dua parti dilakukan.

Malah ujarnyanya lagi, ahli PAS juga berhak bertanyakan kepada pimpinan parti mengenai keputusan untuk terus kekal bersama PN.

Beliau menjelaskan, harapan untuk kedua parti terbesar orang Melayu dan Islam itu duduk bersama menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) adalah harapan ahli bawahan, walaupun ada yang menafikannya.

“Kami ahli bawahan mahu PAS bersama UMNO kerana mereka melihat kebersamaan dua parti inilah yang akan menyaksikan satu keadaan yang kukuh hingga 129 kerusi Parlimen kita boleh menang.

“Maka, ini adalah peluang yang dilihat oleh ahli yang perlu dilaksanakan oleh pimpinan parti, tapi sayang…,” katanya.

Katanya, ahli bawahan PAS sangat gembira apabila mendapat tahu Abdul Hadi bertemu dengan Ahmad Zahid.

“Mereka sangat gembira. Ahli PAS gembira, ahli UMNO pun gembira. Mereka mengharapkan sesuatu yang menggembirakan berlaku.

“Tetapi apabila keluar keputusan, amat kecewa. Namun, sebagai ahli parti, mereka kena ikut parti masing-masing. UMNO dengan UMNOnya, PAS dengan PASnya,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat