“Kalau kejar kuasa, Pas sudah lama ke Putrajaya bersama DAP” – Pemuda Pas

KUALA LUMPUR – Pas sanggup melepaskan peluang ke Putrajaya daripada terus bekerjasama dengan DAP kerana enggan menggadaikan prinsip perjuangan, walaupun ketika itu Pakatan Rakyat (PR) hanya selangkah untuk membentuk kerajaan Persekutuan.

Naib Ketua Pemuda Pas Hanif Jamaluddin berkata, keputusan meninggalkan PR membuktikan Pas bukan parti yang mengejar kuasa sehingga sanggup berkompromi dalam perkara prinsip.

“Jika benar Pas hanya mahu mengejar kuasa dan mahu segera masuk ke Putrajaya, sudah lama Pas kekal bersama Pakatan Rakyat dahulu.

“Ketika itu, hanya selangkah sahaja lagi untuk menuju Putrajaya.

“Namun, Pas memilih untuk istiqamah berpegang dengan prinsip. Apabila DAP melanggar garis merah dan persetujuan yang telah dipersetujui bersama, Pas mengambil keputusan untuk tidak lagi bersama Pakatan Rakyat.

“Bukan kerana takut kehilangan kuasa tetapi kerana prinsip perjuangan tidak boleh dikompromi,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurut Hanif, keputusan Pas itu kemudiannya menjadi titik permulaan kepada gagasan Penyatuan Ummah yang dibawa dan diperjuangkan parti berkenaan.

Beliau turut mendakwa Parti Amanah muncul susulan ketidakpuasan hati terhadap keputusan Pas untuk tidak meneruskan kerjasama dengan DAP dan PKR.

Katanya, mereka yang memilih untuk meninggalkan Pas kemudiannya menubuhkan Amanah dan terus bersama Pakatan Harapan (PH) sehingga menjadi sebahagian daripada kerajaan hari ini.

Hanif berkata, Pas pula terus membina kekuatan meskipun pernah berada di luar kerajaan, berteraskan prinsip, kesabaran dan komitmen terhadap agenda Penyatuan Ummah.

“Pas tidak membina perjuangan semata-mata untuk mendapatkan kuasa.

“Pas membina kekuatan berasaskan prinsip dan keyakinan terhadap perjuangan,” katanya.

Hanif turut berharap PH terus menerima kekalahan demi kekalahan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat