Analisis #PRNSabah: Kemungkinan Tiada Parti Mendapat Majoriti

- Advertisement -

KEMPEN PILIHAN RAYA NEGERI SABAH telah sampai ke kemuncaknya dengan calon-calon bertanding perlu menamatkan kempen mereka sebelum jam 12 tengah malam 25 September 2020.

Esok, 26 September 2020, 447 calon daripada 16 pertubuhan politik dan bebas beradu nasib untuk memenangi 73 kerusi Dewan Undangan Negeri Sabah yang dipertandingkan.

Sudah tentu tumpuan kepada pertarungan antara Warisan dengan Gabungan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang merangkumi Barisan Nasional, Perikatan Nasional dan PBS.

Namun tidak boleh diperkecilkan keupayaan parti-parti lain terutamanya Parti Cinta Sabah (PCS) dan Usno untuk memberi saingan dan meraih beberapa kerusi.

Tinjauan awal mendapati tiada parti akan mendapat majoriti 2/3, malah kemungkinan akan berlaku ‘hanging government’ di mana tiada parti akan mendapat majoriti mudah.

Tinjauan dalam beberapa parti mendapati BN akan memenangi sekitar 22-25 kerusi, Perikatan Nasional 10, Warisan 15, manakala parti-parti kecil lain akan turut meraih sokongan di kawasan-kawasan pemimpin utama mereka bertanding.

Kempen

Sepanjang dua minggu kempen kali banyak isu dimainkan adakalanya melampaui batas kesopanan dan kesusilaan masyarakat timur.

Warisan tanpa segan silu memainkan sentimen ‘Sabah for Sabahan’ dengan menggesa pengundi menolak Barisan Nasional dan Perikatan Nasional yang ditubuhkan di Semenanjung.

(MASUK VIDEO UCAPAN SHAFIE MENGENAI TOLAK KUALA LUMPUR)
Manakala kempen Barisan Nasional dan Perikatan Nasional pula menumpukan kepada keputusan-keputusan Mohd Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri yang dilihat melemahkan ekonomi negeri, gagal meningkatkan peluang pelaburan dan kegagalan bantuan Covid-19 kerajaan negeri.

Barisan Nasional juga menjawab kempen Sabah for Sabahan dengan isu sempornarisasi.
Rakaman ucapan Shafie mengakui beliau melantik ramai orang Semporna sebagai pemegang jawatan utama disebarkan secara meluas.

Walaupun kempen Sabah for Sabahan tampak mendapat momentum, namun momentum ini tidak kukuh kepada Warisan sahaja. Ia turut memberi keuntungan kepada PCS.

Sabah for Sabahan akhirnya menjadi kurang bermaya apabila terbongkar rakaman Presiden Warisan menghubungi Tun Dr Mahathir Mohamad meminta beliau datang berkempen menentang Datuk Seri Mohd Najib razak di Semporna.

Warisan terus menerima tekanan apabila salah seorang pemimpin utamanya Mohamadin Ketapi telah mendakwa peristiwa berdarah di Lahad Datu pada 2013 adalah sandiwara semata-mata.

Ini sangat mengguris perasaan semua anggota keselamatan yang berjuang mempertahan tanah air ini dari serangan pengganas. Lapan orang terkorban dalam peristiwa tersebut.

Dari perspektif Barisan Nasional – PN pula, kempen ubah balik berhadapan setback apabila banyak kerusi UMNO diberikan kepada Bersatu sekaligus menimbulkan konflik dalam kalangan ahli bawahan.

Akar umbi UMNO walaupun dipujuk oleh pucuk pimpinan tampak masih berbelah bagi untuk memberi sokongan kepada calon-calon Perikatan Nasional yang melompat parti selepas PRU14.

Apa pun esok sekitar 1.5 juta pengundi akan menentukan kerajaan baharu negeri Sabah. Jika tiada parti yang memenangi majoriti mudah maka krisis politik ini mungkin berpanjangan.

Sesungguhnya Sabah memerlukan satu kematangan politik pengundi untuk memberi sokongan kepada parti yang boleh membawa kestabilan dan juga pembangunan negeri.

Situasi ekonomi pasca Covid-19 memerlukan satu pasukan politik yang kuat dan mantap bukan sekadar mementingkan suku dan etnik semata-mata.

Pilihan di tangan anda para pengundi Sabah. Jatuh bangunnya negeri ini dalam masa beberapa minggu, bulan dan tahun mendatang adalah bergantung kepada keputusan pilihan raya ini.

Buatlah keputusan yang bijak!

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat