Perjanjian Malaysia: Najib Dakwa Shafie “Membuyuk”

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak seperti dipetik dari akaun Facebooknya mendakwa, video penuh emosi yang disebarkan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Shafie Apdal, kononnya kerajaan Warisan Sabah telah berjaya menyelesaikan 17 daripada 20 perkara dalam Perjanjian Malaysia, adalah satu penipuan.

17 perkara itu, antara lain berkenaan duti eksport balak dan hasil hutan Sabah, tenaga buruh, perlaksanaan kerja raya, pengedaran gas dan sebagainya itu, bukanlah antara perkara yang disenaraikan dalam Perjanjian Malaysia 1963.

Semua perkara yang disenaraikan itu kata Penasihat BN tersebut, bukan sahaja berlainan daripada 20 perkara dalam Perjanjian Malaysia 1963 yang sebenarnya, tetapi telah berada dalam bidang kuasa kerajaan Sabah sejak sekian lama.

“Malah 17 perkara yang disenaraikan Warisan (dalam video) itu memang sudah lama diberi kepada Sabah atau memang dah lama dalam bidang kuasa kerajaan Sabah”, jelasnya lagi.

Najib turut menyenaraikan 20 perkara dalam Perjanjian Malaysia yang sebenarnya untuk dibuat perbandingan dengan apa yang didakwa parti Warisan dalam video berkenaan.

“Terang-terang satu lagi propaganda pembohongan dari PH-Warisan yang dah lama terbukti pembuyuk (pembohong)!”, dakwa Najib di akhir hantarannya itu.

Posting asal Ahli Parlimen Pekan tersebut boleh dirujuk disini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat